Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasullullah S.A.W
bersaabda;
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala'
pasti akan turun kepada mereka, yaitu;
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang
tertentu. (Kronisma).
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan si anak berbaik-baik dengan kawannya,
7. Dan si anak suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang-orang
yang terhina dikalangan mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis-artis disanjung tinggi.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini menyalahkan generasi
pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin
merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah
menjadi makhluk lain."
Hadis Riwayat Tarmizi.
Majlis Zikrullah
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi
s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi
Maha Tinggi memiliki para malaikat yang mempunyai
kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para
malaikat selalu mengelilingi bumi. Para malaikat
sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka
dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikrullah,
mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka
akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka
sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang
menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila
orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar,
para malikat naik ke langit.
Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat
sedangkan Allah mengetahui pergerakkan mereka, dengan
firmanNya: Dari mana kamu datang?
Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu
di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil,
bertahmid serta berdoa memohon dariMu.
Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan?
Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dariMu.
Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat
SyurgaKu?
Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan.
Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya
mereka pernah melihat SyurgaKu?
Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon
daripadaMu perlindungan.
Allah berfirman: Mereka pohon perlindunganKu dari apa?
Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai tuhan.
Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat
NerakaKu?
Para malaikat menjawab: Belum.
Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya
mereka pernah melihat NerakaKu.
Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon
keampunanMu.
Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku
telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon
dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka
sebagaimana yang mereka pohonkan.
Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di
antara mereka terdapat seorang hambaMu. Dia penuh
dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk
menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia
melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk
bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.
Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka
adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang
mereka adakan.
[Bukhari& Muslim] Amalan Zikir Harian

