Astaghfirullahal `azim...

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...
Ya Allah, berat benar ujian yang kau berikan pada hamba-hambaMu di Gaza, Palestin dan negara-negara Islam Ya Allah.

Ya Rahman, Kau satukanlah hati-hati kami umat Muhammad yang masih suci hatinya, agar kami dapat terus memberi dorongan dan sokongan untuk saudara-saudara kami di sana Ya Allah.

Ya Rahim, Kau lindungilah anak-anak yang tidak berdosa dan belum mengenali dunia ini dari menjadi mangsa keganasan Israel dan Zionis.

Ya Allah, Kau pimpinlah pemimpin-pemimpin Islam di dunia ini, agar mereka tidak lepas tangan melihat saudara mereka dari menanggung seksa sendirian Ya Allah.

Andaiku punya kuasa dan jawatan, sedaya upaya aku membantu saudara-saudaraku yang menderita dan terseksa di Bumi Palestin itu. Ya Allah, andainya mereka punya hidup seperti aku sekarang, aku pasti, mereka tidak akan melepaskan sedetik pununtuk melafazkan syukur kepada-Mu.

Ya Allah, Kau berilah peluang untuk mereka menikmati hidup yang aman tenteram dan bahagia di dunia yang sementara ini Ya Allah.

Kau hukumlah Bangsa Israel dan Zionis yang tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan itu. Kau turunkanlah bala tentera dari Syurga-Mu agar mereka dapat membantu Kaum Muslimin yang sedang berjihad atas jalanMu itu. Kau berikanlah kekuatan dan ketabahan untuk Kaum Muslimin dalam perjuangan menuju SyurgaMu. Kau tunjukkanlah keajaiban kuasaMu yang Maha Agung itu kepada musuh-musuh Islam agar mereka berundur dan meletakkan kemenangan pada pihak yang benar Ya Allah.

Sesungguhnya, hanya agamaMu, iaitu agama Islam yang suci adalah agama yang benar...

Aaaamiiin Ya Rabbal `Alamin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.