Kadang-kadang, aku terfikir, macam mana kalau satu hari nanti, bila aku da jadi isteri orang, tapi aku masih macam ni...??? Takutnya. Kalau dapat suami yang penyayang and faham aku, tak apa la. Kalau dapat yang sama spesis macam aku...??? Fuhh, tak kiamat dunia di buatnya. Mmm, tapi, insyaAllah, aku banyak lagi masa untuk berubah, bukan untuk bakal suami aku, tapi untuk diri aku sendiri. Ceh, cara cakap macam dah ada calon. Tak ada pun, I muda lagi you...Huhu...
Aku nak capai target aku dulu, nak capai cita-cita dulu. Aku nak jadi engineer yang berjaya. Aku tak nak sia-sia kan bidang yang aku minat ni, macam tu saja. Aku nak buktikan pada ibu, abah, along, angah, kak ngah, bangde, kak uda, ateh, akak, abang, and appy, yang aku pun boleh berjaya. Aku tak nak dah sejarah berulang lagi. This is my LAST CHANCE. Aku kena buat yang terbaik. Cukup la aku berhenti dari KPTM and MACFAS. Dulu, nak jadi pilot, tak dapat, sebabnya, duit je. Siapa tahan weyh, 3 bulan habis dalam 35 ribu, itupun minyak kapal terbang je, yuran tak letak lagi, mana tahan. Aku bukan anak orang kaya.nak kena belajar setahun. Setahun tu, mahu habis 500 ribu. So, sekarang, aku kena dapatkan engineering ni. Peluang dah ada depan mata, aku tak nak sia-sia kan lagi.
Mmm, jauh da terpesong, aku nak cerita pasal FB tadi. Huhuhu. Entahla, FB oh FB. Kenapa lah mesti ada site macam ni. Memanglah bagus untuk keep in touch dengan kenalan, tapi, kalau da ada kenalan yang menyakitkan hati macam mana, tambah pulak dengan group-group yang bukan-bukan. Gambar pun entah apa-apa. Aduhai. Nak deactivate, macam mana pula nanti nak contact kawan-kawan. Nombor telefon bukannya semua ada. Susah betul.
To all FB users, boleh tak, jangan buat something yang menyakitkan hati orang lain. Sebelum buat komen apa-apa, sebelum tulis apa-apa kat wall tu, fikir dulu. Bukan kita je yang guna FB ni, satu dunia. Fuhh, pening-pening.

