Kenapa...???

Since the day aku hantar mesej tu kat dia, aku rasa, macam tak selessa dengan diri aku. Aku tak tahu kenapa. Aku sayang kan dia ke...??? Mmm, memang tak dinafikan, rasa sayang tu memang ada, tapi as a friend, aku tak tahu la. Aku takut sangat. Zalim sangat ke aku, sampai, aku tergamak buat dia kecewa. Tapi, pada aku, biarlah dia kecewa sekarang daripada dia terluka yang lebih perit kemudian hari. Ye, betul kata dia, hubungan kami berlaku terlalu cepat, memang kami tak terkejar masa tu. A week before leaving, baru rasa macam ada feeling kat dia. Tak tahu lah pula pada pihak dia. Aku cuba nafikan, tapi, aku tak boleh tipu diri aku. Aku cuba minta pendapat Nana, my twin. She said, why not you try first. Ye, aku dah cuba, tapi aku takut, satu hari nanti, aku akan kecewakan dia, sebab aku akan pergi jauh nanti. Masa depan aku jauh lagi. Aku masih terlalu muda untuk memikirkan perihal rumah tangga. How if, aku terus dengan dia, tiba-tiba, masa akan kat poli nanti, aku jumpa someone else. Pada aku, mungkin aku boleh setia, tapi, sejauh mana...??? Tambahan pula, aku tak mahu didesak. My personal is mine. Pernah one day, aku chatting dengan dia, dia tanya aku, ada masalah ke. Sebab dia perasan ayat-ayat aku lain sangat malam tu. Aku tak tahu apa yang lain, aku rasa sama je, entahlah, orang memang boleh menilai diri kita. Masa tu, aku jadi marah bila dia desak aku untuk ceritakan masalah aku, aku ugut dia, either stop asking about my problem or stop chatting. Dia marah, dia kata, belum ada apa-apa hubungan lagi, aku dah berani ugut dia, macam mana nanti kalau dah bersama...??? Dah kahwin, bila ada masalah, takkan aku nak ugut dia, ceraikan aku. Mmm, Ya Allah, aku lemah sangat Ya Allah. Kau bantulah aku dalam mengatasi masalah aku ini. Ya Allah, seandainya aku telah melukakan hati orang itu, maka Kau bantulah aku untuk menyembuhkan lukanya dengan menggantikan sesuatu yang lebih baik untuk dirinya. Ya Allah, aku redha dengan segala ketentuanMu. Aku tak pernah berniat untuk melukakan hati insan yang pernah hadir dalam hidupku serta bertapak dalam hatiku. Ya Allah, Kau tunjukkanlah kami jalanMu yang Maha Luas. Kau tunjukkanlah kami masa depan kami yang telah Engkau rencanakan dan telah Kau catatkan di Luh MahfuzMu. Ya Allah, andai benar dia jodoh yang terbaik untukku, maka kau tetapkan lah perasaanku ini hanya untuk dia. Seandainya dia bukan Kau cipta untukku, maka Kau jauhkan lah perasaan ini dari hatiku, dan Kau pisahkanlah kami agar kami tidak menyakiti sesama sendiri. Ya Allah, Kau bantulah aku agar aku dapat mencari ketenangan hati ini, serta dapat aku melupakan segala masalah yang aku hadapi ini. Aaaamiiiin~...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.