2. Perlu ada rasa dalam dirinya bahawa Allah menyeru hamba-hamba-Nya bangun malam..firman Allah yang bermaksud : " wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam,selain sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat..) surah Muzammil 1-2.
3. Mengetahui kelebihan qiyamullail- antara kelebihannya ialah membuang kelalaian daripada hati manusia..
4. Melihat sejarah dan kisah pada al-Salaf al-Soleh yang terdahulu tentang ibadat qiyamullail mereka serta komitmen mereka dengannya. kata Thabit al-Bunnani ;" Aku tidak mendapati sesuatu dalam hatiku perkara yang lebih lazat daripada berqiyamullail.
5. Tidur mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu : di atas lambung kanan, lengan kanan di bawah pipi kanan, dan menghadap kiblat.
6. Tidur dalam keadaan suci iaitu berwudhuk. Nabi bersabda : " Apabila kamu ingin masuk tidur maka ambillah wudhuk dengan cara wudhuk untuk solat."
7. Tidur awal. Antara wasiat Nabi s.a.w. ialah tidur awal selepas waktu isyak kerana ia juga merupakan satu amalan terpuji dan adat untuk menjaga kesihatan yang baik..
8. Beramal dengan zikir-zikir yang disyariatkan sebelum tidur. Zikir-zikir ini boleh mengelakkan dari diganggu jin dan syaitan serta dapat membantu untuk berqiyamullail. Antara amalan Nabi s.a.w. ialah, baginda mengumpulkan kedua tapak tangannya kemudian menghembus ke arahnya sambil membaca surah al-Ikhlas, al-Falaaq dan an-Naas. Kemudian baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke semua bahagian badannya yang mampu. Bermula dari bahagian kepala,wajah, dan seluruh jasad baginda. Baginda melakukannya sebanyak 3 kali.
9. Mengamalkan tidur qailullah pada waktu siang. Qailullah bererti tidur sekejap sama ada tidur sebelum zohor atau selepasnya. Nabi bersabda : " Berqailullah lah,kerana sesungguhnya syaitan tidak melakukannya.
10. Menjauhi banyak makan dan minum. Sesungguhnya memperbanyakkan makan dan minum adalah antara halangan besar yang menjauhkan seseorang itu daripada qiyamullail. Kata Sufyan al-Thauri ; " Hendaklah kamu sedikit makan nescaya kamu akan memiliki qiyamullail.
11. Mujahadah melawan nafsu untuk qiyamullail.
12. Menjauhi nafsu dan maksiat.
13. Menghisab dan mencela diri kerana meninggalkan qiyamullail..
<< AYUH KITA SAMA-SAMA BERQIYAMULLAIL!!>>

