
Kena sergah landak...???
Semlam hari apa...??? HAri Khamis kan...??? Mmmm, as usual every Monday and Thursday, ibu dan abah akan berpuasa. Aku and akak pun akan puasa kalau tak berkeuzuran lah. Semalam, along balik sekejap, atas urusan pinjaman. Subuh tadi dia dah balik Perak semula dah. Masa berbuka semalam, macam biasa abah akan beli TomYam dan padprik untuk kami sekeluarga. Selalunya kalau ramai, abah akan beli dua bungkus, tapi semalam abah beli satu bungkus je. Tapa kami tak kisah pun, pada kami, sikit sama di bahagi. Maghrib tu, abah pergi masjid, sebab semalam abah tak puasa, abah travel to KL semalam, so kami adik beradik lah yang temankan ibu berbuka puasa. Aku buatkan kopi 'O'ais untuk semua. Tengah makan tu, tiba-tiba along bersuara,"Makan kat rumah ni tak boleh berdisiplin lah, sebab kalau makan kat Perak, setengah jam lepas makan baru minum air. Tapi kat sini tak boleh, sebab tahu, lepas setengah jam, air mesti dah habis.". Semua orang gelakkan along. Siap makan semua, ibu nak masuk bilik. Tiba-tiba ibu teringat yang ibu ada beli ais susu DutchLady kat Tesco. Abang yang kebetulan lalu kat tempat letak barang lepas shopping pun terus ambil air susu yang ibu maksudkan tu. Masa tu dah tinggal 3, sebab aku dah ambil satu. Masa abang nak minum dia bau dulu air tu, dia tanya," Kenapa bau susu ni macam bau tenuk?", aku dengan along spontan tanya balik, " Kau pernah cium tenuk ke?", semua orang gelak. LEpas tu, abang tiba-tiba cerita dia oernah kena sergah dengan tenuk masa dekat zoo. Aku pun tanya, "Dia sergah macam mana? Macam adik dengan ateh kena sergah dengan landak masa kat Zoo Taiping hai tu ek?". Lepas tu, kami pun buat sesi mengimbas kembali. Memang kelakar. Masa tu, aku dengan ateh nak ambil gambar landak tu. Aku just hulur tangan je supaya landak tu tak perasan. Tiba-tiba ateh datang, amek gambar dari jarak dekat, landak tu pun apalagi, dia kembangkan durinya. Aku dengan ateh pun atur langkah berjuta la, bukan seribu lagi. Huhu. Yang lawaknya, ateh siap menjerit. Nak idop nau, kata orang Melaka. Paling malu, bila perasan yang kat situ ramai gile orang. Masa lari tu, tak perasan pun, lepas rasa-rasa dah selamat baru perasan kewujudan manusia yang ramai tu. Kuakaka. Yang best nya, orang yang ramai-ramai tadi, mula-mula nak pergi tengok landak tu, bila kami dah kena sergah, semua tak jadi tengok. Aduhai. Nasib, nasib...

