Buat insan yang amat kucintai...!!!


Dearest ibu,
Maaf andainya coretan ini mengganggu hidupmu. Hanya sekadar ingin meluahkan rasa yang terbuku di hati ini.

Ibu,
Adik tahu, ibu seorang ibu yang sangat penyayang.  Adik tahu, ibu seorang ibu yang tabah.  Adik tahu, ibu seorang ibu yang penyabar.  Buktinya, anak-anakmu sentiasa berada di bawah payung kasih sayangmu.  Ibu tabah kerana, ibu tetap terus menjalani kehidupan di bumi Allah ini walaupun nikmat kesihatanmu tidak lagi seperti dahulu.  Ibu sangat penyabar, buktinya, ibu mampu mendewasakan anak-anakmu yang pelbagai ragam ini.

Ibu,
Jutaan ampun dan maaf adik pohon atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah adik lakukan.  Adik tahu ibu terlalu berkecil hati dengan sikap anakmu yang seorang ini.  Adik tahu, ibu sangat kecewa melihat perlakuan adik ini.  Adik minta ampun ibu.

Ibu,
Adik sedaya mungkin cuba untuk tidak menyakiti hati ibu.  Namun, adik hanya insan biasa ibu.  Adik lemah dalam melawan amarah ini.  Adik gagal melawan kata hati ini.  Adik minta maaf ibu.

Ibu,
Telah banyak pengorbanan yang kau lakukan demi membesarkan adik.  Ibu banyak berhabis duit untuk adik.  Ibu sentiasa memerah keringat hanya untuk mencari sesuap rezeki untuk adik.  Ibu, halalkan semuanya untuk adik ibu.  Halalkan setiap titis susu yang ibu suakan ke mulut adik suatu masa dahulu.

Ibu,
Adik tahu betapa peritnya hati ibu saat ini.  Betapa sakitnya hatimu apabila anak yang kau kandungkan selama 9 bulan, yang kau susukan apabila lapar, anak yang kau jaga sehingga sanggup berjaga malam untuk memastikan tiada nyamuk yang hinggap di kulit anakmu, anak yang kau tatang dan asuh, kini menyakitimu.

Ibu,
Adik minta maaf ibu.  Adik tidak mampu lagi melihat ibu bersedih dengan sikap anakmu ini.  Tapi, adik masih belum mampu untuk membuang sikap buruk adik ini.  Adik minta maaf ibu.

Akhirul kalam, adik sentiasa mendoakan kebahagiaan kita sekeluarga.  Adik sentiasa berharap adik akan berubah menjadi lebih dewasa.  Adik sentiasa mahu menjadi anak yang berjasa.  Adik juga mahu ibu sentiasa bersama.  Ampunkan dosa-dosa anakmu ini ibu.

ADIK SAYANG IBU...!!!

Ibu, hentikanlah rajukmu itu, adik tidak sanggup menanggung dosa bagi setiap saat rajukmu itu...

Salam sayang:
Anakmu...


Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosaku.  Kau kurniakanleh kesabaran kepadaku.  Kau berikanlah aku sedikit kesempatan untuk berbakti kepada orangtuaku.  Kau berikanlah aku ruang untuk berbakti kepada keluargaku.  Ya Allah, Kau titipkanlah secebis kesabaran untukku.  Kau jauhkanlah amarah dari diriku.  Aku pohon perlindungan, Rahmat dan kasih sayangmu, Ya Allah.  Kau bantulah hambamu yang kerdil ini...
Aaaaamin~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.