Haiyerrrr~

Assalamualaikum semua...
terima kasih sekali lagi sebab sudi luangkan masa untuk coretan ini...
mmm, hari ni, saya rasa sangat puas hati dengan apa yang telah saya lakukan...
nak tahu apa yang saya lakukan...???
mmm, jom...
layan~

harini, aku lepas breakfast seawal jam 7.30 pagi, aku, abang, ateh dan kakak mula menyibukkan diri masing-masing dengan mengemas...aku dengan kakak kemas bilik kami, sebabnya, nak dimasukkan katil masa anga kahwin dahulu... untuk wedding kakak, ibu dan abah belikan bedroom set yang baru.  so, bedroom set yang lama semuanya dihumban ke bilik tengah...

kemas ounya kemas, sampai ke tengahari tak siap juga... aku punya part lah yang lambat sedikit siap, sebab hampir sebahagian bilik tu aku siapkan seorang.  aku susun perabot mengikut keselesaan aku, sebab kakak dah nak kahwin, so, dia tak kisah kalau aku nak susun macam mana sekali pun...  apa pun, aku sangat berpuas hati dengan keadaan bilik sekarang...new look gitu...seronok...

belah petang pula, bermula jam 3 petang, aku dan kakak-kakakku dah mula menyibukkan diri di dapur pula sebabnya, pada jam 5 mesyuarat untuk majlis perkahwinan kakak akan bermula.  aku tolong kakak potong sayur, ssediakan sudu dan garfu, gelas dan tolong kacau mihun dalam kuali...

settle majlis mesyuarat, kami berkumpul, as usual, kami akan menghabiskan baki makanan yang kami sediakan sebelum mengemas sepenuhnya.  elok kami duduk sekeluarga, menghadap makanan.  nenek, anyah(mak ngah), dan iya(cousin) pun turut serta.

lepas makan, kami kemas semuanya.  lepas tu kami solat maghrib berjemaah seperti biasa.  sudah solat, kami bawa haluan masing-masing...mmm, rasanya, malam ni aku nak tidur awal sedikit agaknya, letih...penat mengemas seharian...hahaha...

okeylah, minta izin untuk tinggalkan laman ni semntara waktu ya...semoga berjumpa lagi di lain kali...insyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.