Cerita di hari raya(raya ke 5)

Fuh, penat giler. Tapi sangat seronok. Enjoy sangat dapat lepak dengan kawan-kawan yang aku sayangi. Nak kena cerita ke? Mm, okey la, aku ceritakan. Tadi, aku dengan Jan, Amal, Shue, Zay dan Fara keluar beraya. Seronok sangat. Pagi tu, pukul 9 aku dah keluar, tapi singgah pejabat pos dulu. Belikan setem abah dan pos barang Nadia. Lepas tu, aku terus ke Serkam, jemput Fara dan Zay kemudian terus gerak ke rumah Jan. Then, gerak ke rumah aku. Lepas tu kami pergi ke rumah Shue. Thanks to Shue's mom yang sangat sporting sebab suruh Shue ikut kami. Weyh, mak Shue yang suruh beb. Kami tak mahu paksa. Tapi bila dah maknya kata pergi, kami apa lagi, tariklah dia suruh ikut. Lama juga tunggu dia bersiap, tapi tak apa, sebab dah lama tak hang out bersama, so, kami rela tunggu kau Shue. Setia kami menunggu. Hu hu. Lepas singgah rumah Shue, kami gerak ke Serkam Baruh(pantai), jenguk rumah Amal. Masa kat rumah Amal, semua dah mula serasi agaknya. Masa kami tunggu Amal bersiap, kami minum-minum kat ruang tamu. Tapi, lawak giler. Farah, minum macam setahun tak jumpa air. Ha ha ha. Kami pun pakat gelaklah. Hu hu hu. Farah, jangan marah yerk. Banyak sangat benda yang lawak. Satu lagi, entah apa yang si Farah fikirkan agaknya, boleh pula dia silap sebut. Aku rasa gabungan ingat+gelak lah. Ha ha ha. Tahu tak jadi apa? Sekali jadi 'ilak' laaa. Rupanya dia nak cakap aku lupa. Tapi jadi ilak pula. Hu hu.


Rumah seterusnya rumah Izzati. Kat rumah tu kami cover ayu, sebab mak Izzati yang layan kami. Izzati tak ada. Ikut kakaknya pergi beraya. Cuma, aku dengan Shue ada kisah sikit. Mula-mula kami duduk atas kerusi. Tapi bila dilawa minum, kami jauh pula dengan kerusi. Ha ha ha. Akhirnya, kami duduk bersila atas lantai saja. Senang!

Then gerak pula ke rumah Cikgu Hamidah. Masa kami sampai, Zay tanya anak bongsu cikgu,"Umi ada?". Anak cikgu kata tak ada. Lepas tu Zay ubah soalan, "Ibu ade?", jawapannya masih sama. Kami pun mula atur langkah. Nak gerak ke rumah seterusnya. Sekali cikgu keluar daaa. Kami pun terus msuk ke rumah.


Next rumah Cikgu Sabariah. Kami cari rumahnya. Pergi kat tempat biasa kami pergi. Tengok-tengok, rumah Cina. Cari punya cari, tak ada pun kereta cikgu. Akhirnya kami decide, call je cikgu. Rupanya cikgu dah pindah lah. Tinggal kat rumah lama Teacher Hikmah. Mm, Nampak sangat da lama tak ikuti perkembangan. Ho ho ho. Apa punya students la kami ni. Hik hik hik. Makan, makan, makan kat rumah Cikgu Sabariah, kami pun mita diri nak jenguk Cikgu Naimah pula. Sebelum tu, aku tanya cikgu, kat mana rumah Cikgu Naimah. Cikgu Sabariah pun beri arahan tunjuk jalan. Aku pun dengan yakinnya bangun. Konon-konon dah tahu rumahnya.

On the way nak pergi rumah Cikgu Naimah, kami sesat la pula. Kami masuk ke Taman Koperasi Serkam Darat. Ha ha ha. Masa perjalanan kami di situ lah banyak sangat perkara yang lucu. Nak tahu ke? Okeylah, aku ceritakan. First story, benda ni patut take serious, tapi, kami mana pernah serious. Hu hu hu. Kisah lucu pertama. Masa aku tengah laju drive. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki, umur dalam awal remaja aku agak. Dia tunggang motornya dari arah bertentangan. Lepas tu, boleh pula dia tiba-tiba belok. Kiranya, aku kena berhenti la. Tapi, kalau nak ikutkan, dia yang patut berhenti. Aku apa lagi, mulalah mengelitap mulut ni. Aku ingat, aku seorang yang akan bising. Rupanya, member-member aku pun bising juga. Betul lah, 1 hati 7 jiwa. Memang tak nampak lucu kisah ni, tapi, kalau korang berada pada situasi ni, pasti korang akan gelak pecah perut.


Kisah lucu kedua: Aku drive lagi. Kelajuan sederhana. Mungkin around 40-50 km/j. Sebab kawasan kampung. Tengah syok drive, ada seorang budak perempuan kayuh basikal keluar dari simpang secara mengejut. Mujur aku cepat brek. Sebab kalau aku tak brek, kompom dua kawannya (naik satu lagi basikal) akan melambung. Entah sampai ke planet mana nanti. Hu hu. Yang kelakarnya. Budak dua orang ni, basikal diorang tengah laju. So, tak dapat nak brek. Tak tahu la kalau brek dia memang tak berfungsi. Punyalah dia tahan basikal dia, tapi tak berjaya. Last-last, dia langgar pagar daaa. Aku, Jan, Amal, Fara, dan Shue memang dah tak boleh tahan gelak. Zay pula, dengan penuh prihatinnya, buka tingkap dan tanya budak tu, "Adik, adik okey ke?". Aku pula, as driver yang boleh dikategorikan sebagai pemandu yang tak bertanggungjawab, terus gelak. Tak boleh tahan dowh. Lepas Zay dah kata everything is fine, aku pun terus gerak. Tapi jangan ingat aku dah berhenti gelak. Aku masih lagi ketawa. Sampai la ke rumah cikgu Naimah. Dahsyatkan aku? Ho ho ho.

Lepas raya rumah cikgu Naimah, kami gerak ke rumah Fara. Solat dan minum sekejap. Lepas tu ke rumah Teacher Hikmah. Mm,sebelum gerak ke rumah Fara, Cikgu Naimah sempat tanya aku, "Bila nak siap?". Korang rasa, korang tahu tak apa dia? Pastinya novel sulung aku yang sangat dinanti-nantikan oleh ibu, abah, cikgu-cikgu di sekolah, Catz Licious dan kawan-kawan lain. Tahu tak apa tajuknya? Tajuknya, Sesuci Cinta Syamira. Bukan aku tak gerak buat benda tu, cuma agak perlahan. Tengah edit semula ikut format penulisan novel yang betul. Alhamdulillah, ramai penulis yang nak bantu aku. Antaranya Sifu Nurol(Nurolsham Saidin, penulis Dingin Salju Indiana),Kak Ilya(Ilya Abdullah, penulis Coke and Sundae), Kak Syima(Syima Syawal, penulis novel awal remaja, Si Kaca Mata), Kak Ad(penulis e-novel Cinta Si Tukang Kasut), Kak Ikha(penulis e-novel Anak Panah Cinta), Adit(penulis e-novel Cinta Di Corong Radio), Kak AK, Kak Syam, Shah dan semua penulis yang banyak membantu. Terima kasih tak terhingga untuk they all.


Mm, back to topic. Lepas kami beraya di rumah Fara, kami gerak pula ke rumah Teacher Hikmah. Di situ, kami dapat berita menyayat hati kami. Sadis. Benci. Hu hu hu. Nak tahu tak, budak sekolah kami, Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah dapat netbook 1Malaysia, seorang satu pula tu. Sakit jiwa dan raga kami di buatnya. He he he. Forget it. Makin diingat, makin tersiat hati aku ni. Hu hu hu.

Settle beraya di rumah Teacher Hikmah, kami gerak pula ke rumah terakhir, iaitu rumah Zay. Borak-borak. Jam dah pukul 6 lebih. Adusss, lewat dah. Jan bersuara nak balik. So, kami pun bangun dan bergerak pulang. Aku drop Fara kat rumah dia then hantar Jan, Amal dan Shue. Masa on the way hantar Jan, abah call. Risau agaknya anak daranya tak balik lagi. He he he. Abah, don’t worry lah, adik takkan lari dari rumah selagi ibu dan abah ada. Adik sayang ibu dan abah.


Mm, tamatlah sesi bercerita pada hari ini, aku pun dah penat menaip ni. Hu hu hu. Pada Catz Licious, thanks sebab dengar cerita-cerita aku, dan thanks juga sebab support aku dalam penulisan. Doakan aku bejaya ya. Ingat nama pena baru aku, SyaCha Abdullah. Bukan Noorul Izzah Syarliena Abdullah lagi. He he he. Jangan lupa singgah laman penulisan2u dan cari karya aku ye. Ni url nya http://www.penulisan2u.my/tag/syacha-pqah-abdullah/, kalau nak redah blog aku pun okey juga, url nya, http://syacha-abdullah.blogspot.com. Okeylah. Penat sangat dah ni. Lappy pun nak rest. Thanks for spending your time here. Love u all…

 ni mase kt rumah shue

sebelum balik posing lagi...

dalam Are-Boo...

ni kat rumah Farah

rumah Amal...

umah Jan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.