Aduhai...penyakit lama datang lagi...

Hey guys, apa khabar korang harini?  Aku harap korang semua sihat-sihat belaka.  Saja nak share dengan korang cerita harini.  Ek eh, bukan harini aje, sepanjang dua hari yang aku tak update ni.  Semalam dengan harini lah kan?

Urm, tak tahu macam mana nak start.  Erk, aku nak start dengan Basmalah pun, takut-takut ada viewers yang non-Muslim kan, so tak eloklah pula.  Ni kan world blogger.  Nantilah aku cipta site yang khas untuk Muslim sahaja.  Cheh, berangan lebih.  Belajar malas.  Ha ha ha.

Haa, ni aku nak share dengan korang pasal kerisauan aku ni.  Penyakit lama aku datang semula lah.  Macam mana ni?  Haa, penyakit apa?  Penyakit nampak nasi, hilang selera makan.  Aduhai.  Aku tak sanggup jadi kurus macam dulu.  Kurus kering macam tak cukup makan.  Korang tak pernah tengok macam mana kurusnya aku.  Kalau korang nak tahu, dulu siblings aku panggil aku Olive si Bini Popeye.  Korang tengokkan macam mana kurusnya si Olive tu.  Macam tu lah aku dulu.  Langsung tak ada isi.  Muka pun cengkung macam jerangkung.  Adehh.  Sekarang ni, aku dah chubby siket.  Erk, siket ke?  Banyak kot.  Sampaikan sibling aku terus tukar panggilan aku, Giant.

Weyh, aku taknak jadi kurus macam dulu.  Aku nak jadi diri aku yang sekarang.  Tolonglah, siapa boleh jadi perunding pemakanan aku?  Aku nak maintain macam ni.  Cuma nak kurangkan sikit berat badan.  5 kilo jerk lagi.  Lepas tu aku nak maintain je.  Tolonglah! Huaaaarrrggghhhh...!

Haa, cerita pasal semalam pula, tak banyak sebenarnya nak di ceritakan.  Cuma nak share betapa bahagianya aku dapat bapak macam Abah tu.  Happy siot.  Abah tahu yang aku selalu mengopes dapus malam2.  Cari aiskrim yang sedap tu.  Fuh, sedap betul.  Tiba-tiba semalam, abah pergi beli barang dapur.  Sekali abah balik bawak lagi 3 kotak aiskrim daaa.  Abah kata, "Senang kau nak makan nanti.  Bukan abah yang nak.".  Aku tersengih je.  Aku memang gila aiskrim, tap aiskrim jenis tu aje la.  Wall's yang dalam kotak kuning tu.  Sedap woo.  Kadang-kadang dah pukul 2-3 pagi, kalau aku belum tidur atau aku terjaga, mesti aku cari aiskrim kat dapur.  Tak kiralah sejuk ke, apa ke.  Yang penting aku dapat makan aiskrim tu.  Sedapnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.