actually, malam tadi aku tidur lewat dan tidak cukup. pukul 5 baru mata aku nak lelap. mmm, aku pun tak tahu kenapa. mungkin excited sangat dengan nama baru agaknya. Acha... DJ Lady Juliyet yang panggil aku dengan nama ni. macam kelakar pun ada, sebab terasa keGEDIKannya. tapi aku hargai. macam tu jugak dengan nama-nama lain yang orang gelar aku. such as, Peah, Pqah, Sya, Cha, Syapek, Syangal, Adek and so on la. aku nak listkan pun, sangat banyak. maklumlah, kawan bukan seorang. bukan juga hanya di dunia realiti, tapi juga di alam maya. seronok sangat.
hurm, memandangkan aku kurang rehat, so, pagi tadi aku lantak tidur sampai tak ingat apa dah. lunch pun kakak yang masak. mujur kakak ada. sayang kamu la kak.
aku bangun pukul 12 tengahari. aku terus masuk chatbox. ek eh, tak masuk pun. jengah jer. biasalah, jadi pemerhati setia. agak2 ada orang yang kamcing masuk, barulah aku masuk. so, layan lah cb tu. sambil-sambil tu, aku buka FB. tak ada benda lain aku nak jengah selain page Nurul Syafiqah Abdullah, SyaCha Abdullah dan Group Chatbox Penulisan2u. itu sahajalah kerja aku hari-hari.
few hours lepas tu, aku menyepi. tapi aku baca juga dekat cb tu. ada chatters yang menyamar. weyh, aku tak suka lah orang menyamar. kita punya identiti kita sendiri lah. gunakan identiti kita. kalau nak banyak nick x apa, tapi jangan menyamar. menyamar hingga menyusahkan orang lain. aduhai...
baru sekejap ni, aku post kat wall Nurul Syafiqah Abdullah, ni ayat aku "tiba-tiba tersedar something...
perlukah kita tagih perhatian orang yang tak mahu beri perhatian pada kita...???fine!saya tahu awak tak perlukan saya...Assalamualaikum..."...pada korang, ni ayat jenis apa? ayat frust erk? pada aku ni ayat kecil hati. tapi, biar lah aku simpan sendiri sebab kekecilan hati aku ni.
then, aku saja2 jenguk laman web poli walaupun tahu orang tu kata, tengok keputusan pada hari Khamis ini. tapi sesuatu yang mengejutkan. aku tengok logo kat tepi tu.dalam hati aku kata, acam kenal dengan logo ni. ni bukan logo PSP. aku pun tengok maklumat kat situ.KEPUTUSAN:
TAHNIAH, PERMOHONAN ANDA BERJAYA
POLITEKNIK: POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
PROGRAM: DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)
SESI KEMASUKAN: DISEMBER 2010
Ya Allah, korang faham tak apa yang aku rasa sekarang? Even aku kena tukar kos, tapi aku bersyukur sangat sebab dapat sambung belajar. akhirnya! harap-harap, aku akan dapat tinggalkan alam maya aku ni dulu. sambil2 belajar nanti, InsyaAllah aku akan siapkan manuskrip SCS. Gadis Pakej, aku akan hold dulu. tunggu someone roger, baru aku gerak.
Ya Allah, besarnya KEBESARANMU... Kau duga aku dengan pelbagai ujian sebelum ini, rupanya, Kau nak berikan aku limpah kurnia yang sangat tidak ternilai harganya. Terima Kasih Ya Allah.
Guys, doakan aku berjaya tamatkan belajar ya. tak mahu berhenti belajar lagi. cukup dua kali pengalaman perit aku.
okey, sampai sini sahaja dulu. gotta go! salam...

