![]() |
| Tuan Haji Abdullah bin Yacob dan Puan Hajah Kamsiah binti Shaari |
erm...entahlah...aku pun tak tahu apa nak jadi dengan aku...hari-hari, ada je masalah aku dengan ibu atau abah...ibu abah, adek tahu, adek bukan anak yang baik...bukan anak yang sentiasa patuh dengan arahan ibu dan abah...adek tak macam along, sentiasa turut apa yang ibu dan abah nak...along tetap akan usahakan untuk lunaskan hajat ibu dan abah...adek juga bukan macam akak, akak anak yang baik, pembersih, kemas, hampir sempurna dalam segala hal...adek tak mampu nak jad macam dua org kakak adek...adek sedar kekurangan diri adek...adek cuba buat yang terbaik untuk ibu dan abah...tapi, kenapa dalam semua percubaan adek tu, mesti ada sahaja kesilapan adek yang ibu dan abah dapat tangkap walaupun hanya kesilapan kecil...
ibu, abah...adek tahu, adek bukan anak yang memikul tanggungjawab...tapi adek dah cuba sedaya upaya untuk pikul tanggungjawab tu...adek tahu, bukan senang nak jaga ibu yang sakit, appy yang kurang sihat dan abah yang kian menginjak usianya...satu perkara yang sangat mencabar untuk adek dan adek tahu yang adek memang tak mampu lakukan...
ibu, abah...adek tak tahu sejauh mana kebenaran kata-kata doktor tentang kesihatan diri adek...adek yang alami benda ini...dan adek pendam sendiri...adek dah penat mengadu dengan ibu...adek dah bosan dengar ayat, "Alah, tak ada apa-apa tu.". ibu, abah...andai kata apa yang doktor sampaikan pada pendengaran adek 3 tahun lepas itu benar, adek memohon sedikit kesempatan dan ruang untuk adek berbakti pada ibu dan abah...adek tak tahu selama mana lagi adek akan hidup dengan keadaan yang tidak pasti ini...
ibu, abah...hanya satu perkara yang adek mahu lakukan sekarang ialah, membuktikan pada ibu dan abah yang adek mampu menempatkan nama dalam dunia penulisan kelak...adek tak mahu, adek dipandang rendah oleh adik beradik yang lain...adek sedar, adek tak punya kepandaian seperti mereka...yang adek ada hanyalah bakat yang masih perlu diasah...itu pun setelah beberapa orang kakak-kakak penulis yang menyedarkan adek...mereka juga yang banyak beri semangat untuk adek terus menjerumuskan diri dalam bidang ini...mana mungkin adek mampu berdiri sendiri...
ibu, abah...doa serta iringan semangat dari ibu dan abah amat adek harapkan untuk adek terus maju ke hadapan...buat pengetahuan ibu dan abah, adek hampir mengalah dan berundur sebelum memperjuangkan karya adek di arena sebenar...namun, hadirnya insan yang prihatin terhadap masalah adek, memberi suntikan semangat untuk adek...mereka hadir saat adek benar-benar memerlukan orang yang mampu menyokong adek...
ibu, abah...adek sangat berharap, ibu dan abah restui langkah perjuangan adek yang masih belum selesai ini...andai ibu tidak membenarkan, tidak mengapa...adek akan mengalah kali ini...tetapi, berikan adek peluang untuk adek menyiapkan manuskrip pertama dan terakhir adek...biarlah ada satu hadiah yang terabadi untuk ibu dan abah...adek nekad, dengan duit royalti untuk manuskrip pertama adek itu, adek akan serahkan pada ibu dan abah...hanya dengan cara ini sahaja adek dapat berjasa pada ibu dan abah...
ibu, abah...adek memohon ribuan keampunan dari ibu dan abah...adek berjanji, akan buktikan sesuatu pada ibu dan abah kelak...adek memohon maaf daripada ibu dan abah atas segala kesalahan adek...
terima kasih ibu kerana telah melahirkan, menyusukan, membesarkan, mendidik, mengasuh, mengasihi dan menyayangi adek selama hidup adek di muka bumi ini...adek banyak lukakan hati ibu secara sedar atau tidak...satu perkara yang adek mahu ibu tahu, adek sentiasa sayangkan ibu, dan adek sentiasa mendoakan agar kesihatan ibu pulih seperti sediakala...adek rindu ibu yang dulu...adek rindu mahu makan bersama ibu, berkongsi pinggan dengan ibu...berkongsi lauk dengan ibu...adek tak faham, kenapa adek lalui semua itu hanya sekejap???kenapa???adek belum puas bermanja dengan ibu...
abah, terima kasih kerana meluangkan masa menjaga adek yang nakal ni...adek belum tentu dapat jaga abah suatu hari nanti sepertimana abah menjaga adek semasa adek kecil...terima kasih yang tidak terhingga abah...
ibu, abah...andai ada terlanjur bicara yang menyakitkan telah adek lakukan terhadap kalian, adek memohon ampun dan maaf...adek bukan insan yang sempurna yang mampu melawan bisikan syaitan...adek akan sentiasa cuba untuk melakukan yang terbaik untuk ibu dan abah...
sekian sahaja dari anakmu...
adek...

