SyaCha Abdullah ditemuramah...???



Noraz Ikha: Apakah punca tercetusnya keinginan untuk menulis?

SyaCha Abdullah: Actually, start minat nak menulis masa form two lepas baca novel Ombak Rindu karangan Fauziah Ashaari...sebelum tu, memang tak suka baca buku yang tebal-tebal ni, tapi, kakak yang ajar baca...huhuhu...bila dah khatam satu novel, mulalah cari novel lain...semuanya pinjam dari kakak...then, mula menulis...lepas tu start la gian dengan dunia penulisan...pantang jumpa pensel dan kertas, mesti ada je idea nak menulis, baik novel, cerpen mahupun sajak2...tapi ada pensel khas...pensel tu memang guna untuk menulis sahaja...tak tahu kenapa, bila guna pensel/pen lain, tak ada idea untuk menulis...sekarang, pensel tu dah hilang...so, idea2 untuk menulis pun makin luput...sebab tu sekarang dah tak sekuat dulu...sikit2 down...pernah juga dulu, cikgu minta cha tuliskan lagu sekolah...dah siap, tapi tak bagi pada cikgu...sebab, tulis lirik je, mana nak masukkan apa2 semua tu...so, terbengkalai je la projek cipta lagu sekolah tu...sampai sekarang sekolah tu tak berlagu...since start ditubuhkan lagi...huhuhu...kesian sekolah..hahaha

Noraz Ikha: jawapan yg menarik...kiranya novel Ombak Rindu la pencetus awalnya ya.  hmm...soalan kedua: dari manakah SyaCha mendapatkan idea untuk dimasukkan ke dalam penulisan? dan adakah tempat2 istimewa yg biasanya mencetuskan idea?

SyaCha Abdullah: idea untuk watak, for sure la berlatarbelakangkan keluarga dan kawan2 sendiri...actually, cha adaptasikan my real life dlm SCS ni, tapi, diolah dan diubah penceritaannya...saja nak berangan jadi anak Dato'...huhuhu...mmm, tempat istimewa...???tak ada lah...cuma, duduk memerap dalam bilik dan hasilkan karya sendiri...cuma, untuk penulisan sajak dan cerpen, cha ambil ruang dalam kelas untuk menulis...mana lagi kalau bukan meja sendirikan...bosan cikgu mengajar, ambil pensel dan kertas, tulis cerpen atau sajak...berangan kejap...kuikuikui...


Noraz Ikha: agak nakal juga SyaCha di sekolah ya... tidak menumpukan perhatian pada cikgu di hadapan kelas ehehe..Oppss...soalan ketiga: bagaimanakah dengan waktu yang diperuntukkan untuk menulis. Ada jadualkah? atau tulis sahaja jika punya masa terluang? atau mungkin SyaCha mempunyai cara tersendiri....

SyaCha Abdullah: wow...memang nakal...terkenal dengan nama PQah d NaughtyGirl di kalangan kawan2 dulu...harta benda semua dilabel dengan nama 'NaughtyGirl'...

jadual..???apa tu...???hehehe...cha tak pernah hidup berjadual kak...semuanya cha redah aje...nak menulis pun, redah aje...hehehe...tapi, cha banyak habiskan masa belajar untuk menulis...padahnya, semua peperiksaan kantoi...P/S: kepada semua penulis2 muda yang baru nak bertapak, jangan tiru aksi ini dirumah...kalau nak tahu, SCS tu, siap dalam masa cuma 3 bulan...handwriting la...bila transfer masuk ke komputer, rasanya dah tiga tahun...huhuhu...this is a serious statement...dah tiga tahun masukkan dalam komputer, tapi tak siap2 lagi...

Kak Laila interrupt: hai... terimbau kenangan masa kak sekolah dulu. sama macam Cha.... Cuma tak naughty aje.... habis semua buku tulis lebih2 yg tahun sebelumnya tu akak kumpul and staple balik. skrg pn buat macam tu. tapi ambik buku anak2 lah pulak.... heheh. teruskan cha... jangan mudah mengalah ye...... Semuga berjaya ngan hasrat hati tu.

Noraz Ikha: mmg nakal......jaga2 dgn PQah d NaughtyGirl.. kalau nakal tak menyusahkan org lain x pe...ahaha soalan keempat: apakah reaksi orang2 disekeliling apabila tahu SyaCha menulis?

SyaCha Abdullah: kak laila: insyaAllah dengan semangat yang u all hulurkan, cha akan teruskan...

kak ikha: reaksi..???erm...kalau dari kawan2, semuanya reaksi positif...agak teruja tengok ada kawan yang mampu menulis macam sekarang ni...dan they all support sepenuhnya...cikgu2 pula, sehingga sekarang, bila pergi ke sekolah, soalan pertama yang mereka tanya,"Hey Pqah, novel awak macam mana?Teruskan ya.Tak sabar nak tunggu.". Family pula, cha dah tak ambil pusing,sebab, cha pegang kata-kata ni."Setiap manusia punya potensi diri yang bermacam-macam dan pelbagai, orang yang pintar akan memilih bidang yang paling menyerlahkan potensi dirinya..."

Kak Laila Interrupt again: suka ngan semangat tu. jgn nanti hilang semangat tu. terutamanya bila kawin nanti tau. halangannya cukup banyak. jadikan halangan itu sebagai pembakar semangat.

Noraz Ikha: Bagus Cha....saya juga menyokong anda!!soalan kelima: apakah harapan SyaCha dalam bidang penulisan yang pastinya amat anda minati ini?

SyaCha Abdullah: harapan...mmm...setiap orang punya cita-cita tersendiri dan pastinya inginkan kejayaan dalam mencapai cita-cita tersebutkn...???apatah lagi bila dah berjaya capai, pastinya semua orang nakkan kejayaan dalam apa yang dia usahakan kn...macam tu juga cha...tak ada manusia yang inginkan kegagalan dalam hidupnya...

Noraz Ikha: saya doakan anda berjaya!soalan penutup: selain SCS, adakah karya yang lain yang anda tulis? saya bagi SyaCha peluang untuk memperkatakan sesuatu bagi mempromosikan karya anda kepada pembaca di luar sana....silakan!

SyaCha Abdullah: dush3 kt kak ikha...karya cha...apa je...???Sesuci Cinta Syamira, Gadis Pakej...cerpen: Kerana Seorang Guru, Seteguh Cinta Kasih Membara<<Bila MakDek Cha Bercerita...huhuhu...

Noraz Ikha: waa...macam menarik je....nk tggu cerpen tu kuar la.....ahaha.....habis sudah sesi temubual bersama SyaCha Abdullah......opps! tetiba lak jadi wartawan x bertauliah.  terima kasih di atas kesudian SyaCha meluangkan masa untuk menjawab soalan

SyaCha Abdullah: terima kasih juga untuk interview yg dijalankan...interview ini akan disiarkan di laman blog saya menjelang petang nanti...

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.