maaf tak sempat nak masukkan entry ni semalam...agak sibuk...hang out dengan family semalam...whole day...pagi tu kami pergi terjah ekspo di MITC,sampai ke petang...petang tu pula, lepak kat rumah nenek...malam, adik beradik p terjah pasar malam...aku tak ikut...sibuk balas wish orang...hik hik hik...
haa, u all nak tahu apa yang aku dah alami sepanjang 19 tahun ni???hu hu hu...okey lah aku share setakat yang aku ingat...
5 November 1991, jam 10.45 malam,aku dilahirkan di kamar bersalin Hospital Besar Melaka...Kiranya, aku ni memang Melaka Piau...ha ha ha...Ibu kata, sebelum aku dilahirkan, ibu sempat tunaikan solat Isya'nya malam tu...hu hu hu...Aku dilahirkan sihat, Alhamdulillah...dengan berat 3 kg ++ rasanya...
Dua bulan selepas melahirkan aku, Ibu terpaksa meninggalkan aku demi membina masa depan keluarga...aku dibesarkan oleh Abah sendiri...memandangkan Abah seorang guru, maka setiap pagi aku dihantar ke rumah pengasuhku yang juga nenek saudaraku...hingga kini, aku memanggil beliau dengan panggilan Mak dan Abah...
menginjak usiaku ke angka 4 tahun, aku diajar membaca...Ibu sendiri yang mengajarku...Tika itu, ibu sudah mendapat kerja di sekolah berhampiran, kalau aku tidak tersilap la...
seawal usia 5 tahun, aku mula berani mencuba untuk menggunakan komputer...Abah belikan aku beberapa buah buku berkaitan sistem komputer, untuk bacaan kanak-kanak...tidak sukar untukku membacanya kerana tika itu, aku sudah pandai membaca dan sudah memahami arahan...aku aplikasikan segala yang aku pelajari daripada buku tersebut...bukan mudah untuk memahirkan diri...bermula dengan mencuba sambil memegang buku, sehinggalah aku mampu mengaplikasikannya sendiri...
umur 6 tahun...aku melangkah ke alam tadika...seronok...ramai kawan...aku tak tahulah aku ni jenis yang mudah atau pergi ke sekolah dengan paksaan...rasanya, aku pergi dengan rela hati...apa hendak dikisahkan...Abah mengajar di sekolah berdekatan...Kakak dan Abang juga belajar di sekolah itu...tiada apa yang perlu aku takutkan...
masa di tadika...aku agak nakal...aku suka menyakat kawan-kawan sekelasku...biasalah, nakal budak-budak...tapi, dalam nakal-nakal aku, aku ni agak cepat menangkap apa yang cikgu ajarkan...kat tadika, cikgu panggil aku Adek...he he he...special kes...sebab, cikgu tu orang kampung aku...masih terbayang di ingatan...ada satu malam, masa aku dan sepupu-sepupuku sibuk berkejaran di sekitar kawasan rumah cikgu, aku perasan cikgu sedang makan fries...minum air coke...memang sedap...tapi, aku tak pernah pun rasa benda tu sebelum malam tu...malam tu la, kali pertama aku rasa benda-benda tu...hu hu hu...cikgu panggil aku, ajak makan sekali...ha ha ha...
darjah satu, umur 7 tahun...aku didaftarkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau 1, (Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, kini)...aku ditempatkan di darjah 1 Melati...kelas terakhir...biarlah...aku tidak kisah dimana pun aku di tempatkan...pernah sekali, Cikgu Halimah(guru Matematik) masuk ke kelas, cikgu edarkan borang sifir...cikgu kata, "Siapa yang hantar paling awal akan dapat hadiah masa hari Matematik nanti.".Aku dengan slow dan steadynya, memenuhkan kotak-kotak kosong yang ada di depan mataku...tidak sampai lima minit,aku letakkan borang tersebut di atas meja cikgu...hari Isnin minggu berikutnya, namaku diumumkan di perhimpunan untuk menerima hadiah...Kakak dan Abang sangat terkejut tengok Adek mereka naik ke pentas untuk menerima hadiah...hu hu hu...
masuk ke darjah 2...masih di sekolah yang sama...tapi cuma 4 bulan...dalam masa empat bulan tu, aku masih ingat macam mana Cikgu Rajeah(guru Matematik) tegas semasa sesi PnP...cikgu selalu buat CEFAM...aku pun tak ingat CEFAM tu stand for what...tapi tujuannya aku masih ingat...untuk melatih murid pantas mencongak...masa tu, aku dengan seorang member ni(budak taman aku gak) cengelat(mengelat)...kami gunakan kalkulator...tapi tu semua idea budak tu la...aku mana berani...ha ha ha...punya lah beria dia tekan kalkulator, banyak juga yang salah...ha ha ha...
awal bulan 4, aku berpindah ke sekolah baru...aku sedih sangat...memanglah enjoy kat sekolah baru...sebab dapat kawan baru...tapi, aku nak sekolah lama...pergi sekolah naik basikal...seronoknya...ha ha ha...tapi tu semua cerita 11 tahun lalu...
masa darjah 3, ada Ujian Penilaian Tahap Satu (UPTS)...haaa, aku tahun akhir yang duduki exam ni...excited siot...aku antara 10 orang yang terpilih untuk duduki exam tu...sekolah kami, Sekolah Kebangsaan Sempang, tak hantar ramai calon...10 orang je...tapi semua kandas...tak dapat lompat pun...hu hu hu...masa darjah tiga juga, korang percaya tak kalau aku kata, aku wakili sekolah dalam pertandingan gimnastik? haaa, jangan tak percaya pulak, siap dapat Naib Johan lagi...ha ha ha...tapi, oleh kerana masuk pertandingan tu pakai seluar pendek, maka, Ibu dan Abah tak galakkan aku teruskan langkah untuk ke peringkat yang lebih tinggi...tak apa lah...
hujung tahun 2000, 1 Disember 2000, dua minggu selepas ibu melahirkan adikku yang bongsu, Muhammad Hafidz, Ibu diserang stroke...secara tiba-tiba...doktor kata darah tinggi Ibu naik mendadak...pagi tu, aku tengah idur di ruang tamu dengan adikku...tiba-tiba, aku sedar, orang taman berpusu-pusu keluar masuk ke bilik ibu...aku yang masih tak faham apa-apa ni teruskan lena...dua tiga kali aku terjaga...akhirnya, aku bangkit dari pembaringanku setelah terdengar,"Haa, anak-anaknya semua masuk ke dalam van.Kita bawa mak ke hospital." aku terus bangun dan mengatur langkah memasuki van...few months Ibu ditahan di wad, akhirnya doktor sahkan penyakit ibu dah tak boleh dirawat...hurm...kami redha je...
masa darjah 4, aku ikut pihak sekolah buat rombongan ke Cameron Highland...enjoy...tapi tak enjoy...erk...korang faham x???ha ha ha...entahlah, dont know how to describe...memang sangat tak tahu nak ceritakan macam mana...
masuk darjah 5, tak banyak benda yang aku ingat...apa yang aku ingat, aku join pasukan olahraga sekolah pergi ke pertandingan olahraga...korang tahu kerja aku ape???kerja aku, pegang nama sekolah...aduhai...aku bukan wakil sekolah pun...ha ha ha...aku tak terpilih sebab, lepas cikgu da siap pilih wakil semua, barulah aku buat pecutan...kalahkan semua yang terpilih...ha ha ha...so, cikgu tak pilih aku...oit, risiko tinggi kot kalau pilih aku...ha ha ha...mampus kantoi sekolah nanti...malu weyh...
darjah 6...sekejap je aku kat Sekolah Kebangsaan Sempang, bulan 4 aku pindah semula ke SKM 1...sekolah lamaku...sedih...terpaksa tinggalkan kawan-kawan...ah...itu je ayat aku...ha ha ha...tapi memang sedih weyh...terpaksa pindah...sebab Abah dipindahkan tempat tugasnya di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka...takkan aku nak tumpang sekaki sekolah kat situ kan...ha ha ha...belajar di sekolah baru yang mungkin juga sekolah lama...suasana baru...bangunan kelas aku yang lama dah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru...dengar kata, sebab selalu banjir...maklumlah, sekolah tepi sungai...air cepat naik...di sekolah tu, aku ditempatkan di 6 Bestari...kelas pertama wa cakap lu...tapi apa nak dibanggakan...sebab, setiap kali exam, aku mesti dok kt nombor 38, 39, atau 40 daripada 40 orang murid...ha ha ha...betapa bengapnya aku masa tu...tapi taklah sebengap yang disangka...sebenarnya, kedudukan tu, hanya nombor semata, sebab result kami satu kelas lebih kurang...so, tak kiralah nombor berapa pun kami dapat, yang penting result kami okey...sampai UPSR aku di situ...keputusan agak memberangsangkan...masa tu, aku geng bertiga dengan Raudhah dan Kamaliah...kami memang kawan baik dulu...aku selalu pergi sekolah dengan Kamaliah...naik basikal...best!!!Keputusan kami, nak tahu???Raudhah 5A, Kamaliah 4A 1B, aku lak 4A 1C...cantikkan susunan kami...ha ha ha...
masuk ke alam sekolah menengah...kami bertiga terpisah...Raudhah di ShaRodz, Kamaliah di Dang Anum, aku pula di SMA Assaiyidah Khadijah...belajar punya belajar...ye ke belajar???ha ha ha...masa form 2, aku ada ujian taw, namanya Penilaian Menengah Rendah Agama, sekarang dah dimansuhkan dah...masa exam ni, aku dapat Jayyid...okeylah kan daripada langsung teruk...ha ha ha...aku mana belajar sangat...aku pemalas dowh...hu hu hu...masa ni jugak aku dilantik jadi pengawas...masa form 2 juga lah aku mula menulis...karya pertama aku yang samapai sekarang belum berhasil...Sesuci Cinta Syamira...
masuk form 3, hadap PMR pulak...result aku teruk...ambil 9 subjek...aku dapat 2 je...itu pun aku dah cukup bersyukur...masa ambil result tu, Cikgu Azlina ucap tahniah kat aku...terkejut...aku ingatkan aku dapat 9A ke...rupanya, ayat dia gini..."Syafiqah, tahniah, Mathe awak dapat A."...erk,Mathe je ke cikgu??? Ho ho ho...
masuk form 4, aku ditempatkan di kelas aliran Sains...serius aku cakap, aku menangis pada hari pertama sekolah...aku buntu...aku nak masuk kelas Akaun...tapi, terikat dengan Ibu dan cikgu...last-last, dengan semangat dari semua, aku teruskan juga...tapi, aku kantoi SMA...tak boleh nak buat apa lah...aku dah la pemalas...nak bawa 21 subjek...memang tak layan la...haaa, 21 subjek tu, 12 je yang masuk SPM...lagi 9 tu silibus Al-Azhar...haaa, masa ni, aku dah tak jadi pengawas dah...tak siapa khianat aku agaknya...pergi lantak sama dia...tapi, aku dilantik jadi ketua tingkatan...pengalaman paling menarik pernah aku alami masa tahun ni, ialah, aku dapat jumpa Faisal Tehrani beb...dia penulis Kerana Manisnya Epal...novel yang dimuatkan dalam Komponen Sastera SPM...best woooo...
form 5 pula, masih lagi memegang jawatan sebagai ketua tingkatan...aku pelik...budak-budak kat dalam kelas aku ni, tak gerun ke tengok aku asyik mengamuk jer???suka sangat...aduhai...ha ha ha...masa ni, tahun 2008...erk, baru lagi lah yerk...cikgu ada minta aku dan beberapa orang kawan aku hantar cerpen untuk pertandingan...tapi aku tak hantar rasanya...ada sebab tersendiri, kenapa aku tak hantar...hu hu hu...mmm, masa SPM, aku tak dapat banyak...daripada 12 subjek, aku dapat 1 je...Mathe...subjek-subjek lain, okeylah...aku puas hati...kan aku dah kata, aku pemalas...
tapi sekarang aku menyesal dowh...ingat senang ke nak cari masa depan dengan keputusan yang teruk tu? aduhai...kalau ada lah adik-adik yang baca blog ni, belajar lah elok-elok...fikir kesan 10 tahun akan datang sebelum kita lakukan apa-apa...susah woooo...
aku masuk KPTM...kos Perakaunan, under UiTM...awal-awal masuk, aku dilantik jadi ketua rumah...bukan senang taw...nak pastikan semua housemate masuk ke rumah sebelum jam 11 malam...diorang dah remaja...masing-masing nak cari life sendiri...aku tak tahu apa yang aku buat, sampai aku dipulaukan...entahlah...tapi, 3 bulan lepas tu, bila aku bawa kereta ke sana, dan-dan diorang rapat dengan aku...eik...mengapakah???manusia...macam tu la...
habis satu sem, aku quit...penat bawa kos tu...aku cakap kat ibu..."Ibu, adek dah tak mo belajar lagi.Adek nak kerja.Adek tak kisah kerja apa, yang penting Adek dah malas nak belajar."...haaaa, kalau nak tahu, itulah dia, ayat orang tak fikir masa depan...sekarang tak dah...aku nak belajar bersungguh-sungguh...Ibu dan Abah bersusah payah turun naik pejabat untuk uruskan kemasukan Poli aku...sebelum ni, aku belajar di satu akademi...belajar memasak...erm...akademi tu dah tutup dah...kami batch kedua dan terakhir...lalalala...
sekarang, aku masih di sini...di atas katil...menarikan jemariku...menaip di sini...mencari idea untuk penulisan ku...karyaku...yang sangat ditunggu...siapa yang tunggu???ada lah...ha ha ha...
alamak!dah tak ada idea nak tulis apa...FB pun dah memanggil...so, gotta go...jumpa lagi next entry...tatata...

