Awak, saya tak cukup kuat untuk ujian ni... Saya tak tahu kenapa Allah pilih saya untuk terima ujian seberat ini... Tapi saya redha... Saya terima juga...
Awak, sepanjang dua bulan ni, memang banyak benda yang berlaku pada saya... Masa awak okey hari tu, awak ada text saya... Awak kata, awak dah lama sangat tak dengar khabar saya... Awak, selagi awak masih di situ, awak memang akan susah nak dengar khabar saya... Saya pun akan susah nak dengar khabar awak...
Awak, awak tahu tak... Ramai yang bertanya pada saya tentang awak... Awak, awak nak saya jawab apa??? Awak, saya tak tergamak nak terus tipu mereka! Tapi saya pasti, awak lebih kenal hati saya...
Hari tu, awak ada cakap dalam text awak...Awak kata, awak rindu nak dengar suara saya... Awak, saya pun rindu nak dengar suara awak... Rindu sangat awak! Saya nak dengar suara awak... Nak sangat!
Awak, awak nak tahu tak... Tiap-tiap hari saya tengok gambar awak... Setiap saat wajah awak tergambar dalam fikiran saya... Awak, saya tenung muka pensyarah pun saya nampak awak, awak tahu tak! Saya rindu awak sangat, sangat, sangat!
Awak, setiap kali saya menangis, saya peluk CJ7 yang awak bagi saya tu... Saya harap, satu hari nanti, saya dapat peluk awak erat-erat macam mana saya peluk CJ7 tu... Dan saya harap, awak pun balas pelukan saya tu...
Awak, kalau dulu, setiap kali ada masalah, saya ceritakan pada awak... Saya bagitahu awak segalanya... Tak ada selindung sikit pun! Sebab awak part of me! Awak, saya rindu awak sangat, sangat awak...
Awak, bila saya rindu awak kan... Saya pergi kat wall facebook awak... Awak nak tahu tak apa yang saya rasa??? Saya rasa bersalah!!! Sebab, sebelum awak duduk situ, saya asyik buat awak sakit hati... Saya asyik buat awak terasa... Sampai satu tahap, awak dah marah sangat, awak suruh saya remove awak dari hidup saya... Tapi saya tak boleh awak! Saya sayang awak!!! Awak dengat tak??? Saya sayang awak!!!
Awak, saya perlukan awak di sisi saya... Kalau awak tak mampu nak update dari semasa ke semasa pun, sekurang-kurangnya ada morning wish dan night wish dari awak, macam mula-mula kita kenal dulu...
Awak, kenal dengan awak merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi saya... Saya nak awak terus ada di sisi saya... Saya nak semangat awak ada dalam diri saya...
Awak, saya janji dengan awak... Saya janji saya akan belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan apa yang pernah awak minta pada saya dulu... Saya janji! Selagi ada upaya pada diri ni, saya akan cuba untuk tunakan janji saya pada awak...
Awak, awak nak tahu tak... Kakak-kakak saya dapat offer kerja macam awak... Saya suruh diorang terima tawaran tu... Sebab saya nak kerja sama dengan awak... Kerja satu pejabat dengan awak... Supaya, bila diorang duduk sana, saya ada alasan untuk kerap ke sana... Saya boleh jenguk awak... Tapi diorang tak nak... Diorang sayang profession diorang sebagai pendidik sekarang ni... Mungkin bukan jodoh kita, kan awak?
Awak, saya tak boleh nak tahan lagi airmata ni... Airmata penuh kerinduan... Awak, saya harap, awak balik semula ke sisi saya... Saya tak sanggup lagi menanggung semua ni...
AWAK, SAYA NAK AWAK SIMPAN NI SEKEJAP-KEJAPNYA DALAM HATI AWAK...SAYA SAYANG AWAK HINGGA DEGUP JANTUNG SAYA YANG TERAKHIR!!!
Maafkan saya sekali lagi, sebab saya tak kuat macam awak nak... maaf...
