Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: 1. Berpuasa hari ‘Asyura (10 Muharram @ 5hb Dis '11).
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya:
"Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;
Sesiapa yg berpuasa pd hari ‘Asyura yakni 10 Muharram (5hb Dis '11), maka Allah akan memberikan pahala 10,000 malaikat, dan akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid;
dan sesiapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari ‘Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan sehelai rambut satu darjat.
dan sesiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pd hari ‘Asyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW.
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;
"Sesiapa yg berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & sesiapa yg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun."
Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura, maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram @ 4hb Dis '11)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram,."(Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
1- Puasa sunat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 ATAU dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu hari ke-9,ke-10 dan ke-11 Muharram, bersamaan 4, 5 dan 6hb Dis ‘11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (Al Baihaqi)
Maksud Hadis:
Sesiapa berpuasa mana-mana satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
2- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Perkara yang disunatkan pada hari ‘Asyura:
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah.
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim.
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah.
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak.
Fadhilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
Fadhilat - semuga Allah merahmati hidup kita.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Peristiwa-peristiwa penting di bulan Muharam:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.
Peristiwa-peristiwa Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Ibnu Abbas ra mengatakan:
"Jika datang Hari Raya, hari Asyura', hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya'ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata:
"Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkat ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini”.
Sama-samalah kita berusaha kearah kebaikan, kerana kita tidak tahu samada kita masih berpeluang untuk melakukannya di masa hadapan.
taken and edited from: http://sweetlovelydreamsmemories.blogspot.com
