APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG ABAH




APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG ABAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.  Tapi tahukah kita, sebenarnya Abahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita.  Tapi tahukah kita bahawa sebaik sahaja Abah pulang dari bekerja, dengan wajah yang letih, Abahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, Abah sering membentak "Sudah diberitahu, jangan minum ais!".  Tapi tahukah kamu bahawa Abah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam.  Abah dengan tegas berkata "Tidak boleh!".  Sedarkah kita bahawa Abah hanya ingin menjaga kita?  Kerana bagi Abah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, Abah pun melonggarkan peraturannya.  Maka kita telah melanggar kepercayaannya.  Tapi, Abahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.

Setelah kita dewasa, Abah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.
Di saat kita memerlukan itu dan ini, untuk keperluan kuliah kita, Abah hanya mengerutkan dahi.  Tanpa menolak, beliau memenuhinya.  Saat kamu berjaya.  Abah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.  Abah akan tersenyum dengan bangga. 

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari Abah..Abah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat Abah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..Abah pun tersenyum bahagia..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan pasangan kita datang untuk meminta izin mengambil kita dari Abah, Abah sangat berhati-hati untuk mengizinkan.  Dan Akhirnya, saat Abah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, Abah pun tersenyum bahagia.  Apa kita tahu, bahawa Abah sempat pergi ke belakang dan menangis?  Abah menangis kerana Abah sangat bahagia.  Dan Abah pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik.  Bahagiakanlah putra putri kecilku yang manis ini bersama pasangannya"

Saat kita sudah mempunyai keluarga sendiri, punya anak sendiri, Abah hanya akan duduk menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.  Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.  Abah hanya akan tersenyum sebaik melihat kita dan keluarga kita menerpa masuk ke penglihatannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.