Hurm.. Setelah saya mengkaji, mentelaah dan meneliti setiap bait-bait daripada buku ini...
Maka, saya pun membuat kesimpulan bahawa.. Tak perlu rasanya saya tutup blog ni.. Tak salah membiarkan kisah silam terus hidup.. Bergulir di samping kita.. Cuma, kita sebagai yang EMPUNYA badan.. Yang EMPUNYA diri, nyawa dan emosi.. Kita seharusnya pandai mengawal segala yang berlaku di sekeliling kita..
Hasil dari bacaan saya.. Dapat saya simpulkan.. Yang mana, kita tak sepatutnya menangisi peristiwa yang telah berlaku.. Kisah silam yang pahit adalah salah satu SENJATA yang sangat tajam yang akan kita gunakan untuk membunuh diri kita..
Orang yang waras, takkan membunuh diri sendiri.. Jadi, kita sebenarnya boleh pilih.. Sama ada kita ni sebenarnya waras atau tidak.. Kan?? Kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir.. Mungkin ada yang bersifat belum matang.. Tetapi, percayalah, setiap kenangan yang pahit sebenarnya membantu kita untuk menjadi lebih matang dan lebih berusaha untuk membina hidup sekiranya kita mampu mengawal emosi kita..
Jadi.. Jangan tangisi apa yang telah pergi membawa diri.. Mungkin mereka lebih bahagia tanpa kita.. Jadi, apa gunanya kita bersedih di atas kegembiraan orang lain.. Kan??
Setiap masalah yang diturunkan kepada kita, ada penyelesaiannya.. Cuma cepat atau lambat sahaja.. Sebenarnya Allah menguji kita sebagai tanda kasihnya kepada kita.. Dia menguji kita atas alasan mahu kita mengingatinya.. Cuma kita sebagai hamba yang hina ni tak sedar diri.. Malah kita sanggup menyalahkan takdir di atas perkara yang berlaku.. Itu sesungguh-sungguhnya SALAH!
Ada yang bertanya kepada saya.. "Bila dah buat keputusan macam ni, tak rindu ke? Iyalah, dia kan orang yang paling rapat dengan awak. Berkongsi cerita dengan awak. Tahu segala rahsia awak."
Jawapan saya mudah.. "Selagi ada rindu, rasa sayang dalam hatinya untuk saya, insyaAllah takkan putus rasa yang sama untuknya.. Saya percaya kepada situasi di mana Allah akan membalikkan hati hamba-Nya sebab Dia maha Adil."
Untuk awak, doa saya, agar Allah melimpahkan segala yang terbaik untuk awak.. Orang yang saya sentiasa sayangi. Orang yang tak pernah lari dari ingatan saya.. Alhamdulillah, selepas apa yang berlaku, saya rasa, saya dapat peluang untuk merasakan kasih sayang Allah untuk saya.. :) Terima kasih atas apa yang telah berlaku.. Semoga ada saham yang baik untuk awak.. Ingat janji saya.. Sayang saya untuk awak, SELAMANYA :) InsyaAllah..
Untuk mereka yang menyokong saya.. Memberi semangat dan dorongan untuk saya.. Terima kasih banyak-banyak atas pengorbanan kalian.. Luangan masa kalian membuahkan rasa hormat yang mendalam dalam hati saya untuk kalian.. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.. InsyaAllah :)
Untuk Ibu Abah dan adik beradik yang tak putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Adek, Alhamdulillah.. Adek bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan keluarga yang prihatin seperti kalian.. Sungguh, Allah hanya akan berikan apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. Alhamdulillah :)
Akhirul kalam, hargailah masa yang sedang bergulir di sekeliling kita saat ini :) Assalamualaikum..

