Tapi sebenarnya.. Dua-dua pun berhak bersuara dan menyuarakan pendapat.. Tak kisahlah hidup kat mana pun.. Semua pun boleh bersuara.. Yang muda ke.. Yang dah berusia ke.. Semua berhak.. Cara pemikiran kita berbeza.. Kalau semua caranya sama.. Untung ler kerajaan.. Tak payah pikir nak ada pembangkang bagai.. Kan??
Ekceli saya baca post dari dua-dua pihak di FB.. SANGAT jelas dan nyata perbezaan pendapat anda berdua.. Tapi sebenarnya pendapat tu kalau disatukan, boleh jadi lebih indah.. Tahu kenapa?? Sebab, sama macam air dengan minyak yang tak mampu disatukan.. Bagi budak nakal macam Cha neh, kalau berjaya satukan air dengan minyak tu, alangkah bahagianya hidup.. Sekampung tahu kegembiraan Cha tu.. Hikkkkk..
Sebenarnya.. Masa Cha jelajah mata ke wall CK, Cha sokong gak apa yang CK hujahkan.. Sebab.. Bagi jiwa muda macam kami, sebenarnya, kami mahukan perubahan.. Semua orang pun nakkan perubahan.. Yes, true, sesuatu perubahan tu akan berlaku bila kita mengubah diri kita sendiri.. Tapi, lets imagine, sebuah kerajaan without rakyat yang mampu bersuara.. Maknanya, rakyat yang 'bisu' dan 'pekak' dan hanya menurut setiap apa yang dilaksanakan.. Wahhhh.. Kayo la makcik! Sewenang-wenangnya la segala cukai bayaran dinaikkan..
Sama juga dengan isu kemerdekaan neh.. Apa sebenarnya kaitan KEMERDEKAAN dengan POLITIK??? Apa erti sebuah kemerdekaan apabila dipolitikkan?? Adakah kemerdekaan itu hanya untuk mereka yang rasa kerajaan dah tunaikan janji mereka?? For those yang rasa kerajaan belum tunaikan?? How?? Macam Cha sendiri.. Kerajaan ... errr Cha tak ingat kerajaan negeri ke hape tah.. Ada janji nak jadikan Merlimau ni Perkampungan Wi-Fi.. Tapi sampai sekarang, kami tak dapat wi-fi tu.. Malah, line internet kami jadi makin slow.. Yes, memang ada line yang kami terima.. Tapi tak boleh guna.. Cemane?? Adakah Cha tak layak untuk rasa erti kemerdekaan tu?? Agak-agaklah.. Tahun ni Dataran Merdeka sesak tak macam sambutan merdeka tahun-tahun sebelum ni?? Errrrrr..
Kalau macam Kak Elee kata tu.. Kita sebagai rakyat patut bersyukur.. Sebab kerajaan dah sediakan segala kemudahan untuk kita.. Include universiti-universiti segala kemudahan bagai.. Yes! Sokong! Sebab syukur itu perlu.. Jadilah hamba-Nya yang bersyukur.. :D And, we also should say thanks to RAKYAT semula rasanya.. Sebab mereka juga yang bayar cukai supaya segala kemudahan tu dapat disediakan.. Dan terima kasih juga kepada kerajaan sebab tak seleweng duit cukai tu dan manfaatkan ia kepada rakyat semula... Syukur.. :)
Tapi perlu diingat juga.. Tanpa seorang atau lebih rakyat yang berani bersuara like CK did, kerajaan takkan jadi better.. Contoh.. Mungkin kita as rakyat, suaranya takkan sampai kepada puncuk kepimpinan kita.. Tapi, mungkin akan ada pihak yang alert dengan suara ini dan akan bentangkan perkara ni.. Kita katalah orang yang membawa suara rakyat ni as pembangkang.. Okey.. Cer tengok.. Bila pembangkang bersuara, kerajaan mulalah panas b*nt*t kan?? Baru la ye nak turunkan harga minyak.. Naik bersen-sen.. Turun seposen.. Okeylah tu.. Ada dari takde.. Syukur.. Bila pembangkang tak bersuara, ada ke kerajaan nak bagi BR1M?? TR1M?? Voucher buku semua tu?? Takde! Semuanya sebab apabila rakyat bersuara dan suara mereka disampaikan oleh sesebuah pihak.. Mulanya dari mana tadi?? SUARA rakyat! Apa pun yang kerajaan buat, semuanya balik pada suara rakyat.. Pembangkang also rakyat :)
Bukanlah kata kami orang muda membangkang segala yang kerajaan buat.. Ada juga yang kami sokong.. Contohnya apabila mereka kembalikan sisa-sisa duit cukai yang dibayar tu pada rakyat semula.. Okey la tu.. Baru ni, bonus setengah bulan.. Agak-agaklah.. Tanpaa suara rakyat, kerajaan murah hati ke nak bagi?? Memang tak la kan?? Kalau dulu masa bawah pemerintahan Dr. Mahathir dan DSAI sebagai timbalan.. Negara aman je.. Everything jadi ruin bila DSAI disumbat dalam penjara dulu.. Betul?? Start dari tu kerajaan mula serabut! Rakyat pun kucar-kacir..
Jujur.. Cha tak ada lah pandai sangat berpolitik.. Cha tak minat.. Sebab benda tu beban sebenarnya untuk Cha.. Serabut!.. Cha tak sokong mana-mana.. Dan Cha pun bukan lalang yang bergerak ikut angin.. Cha neutral.. :) Cuma, fikirkanlah.. Kenapa sebab kerajaan dan perbezaan pendapat je, kita nak berbalah?? Adakah dengan perbezaan pendapat, meaning kita bukan bersaudara?? Bukan saudara sesama Islam?? Sanggup putuskan silaturrahim.. Allahuakbar..
Okeylah.. Cha sakit kepala dah.. Mao tidoq! Nito! Assalamualaikum :)
note: lepas baca.. terpulang pada u both nak buat apa pada diriku yang kerdil ini :) terima kasih :)
