Assalamualaikum.. Hari ni saya tak mahu cerita tentang saya.. Cuma nak bercerita tentang rakyat Malaysia yang prihatin.. Sungguh! Walaupun baru-baru ini saya ada tengok video pasal rasa keprihatinan rakyat Malaysia yang semakin pudar, tapi hari ni, ramai yang dah buktikan pada saya, telahan tu sebenarnya berbeza mengikut situasi.. Allahuakbar.. Maafkan saya yang sudah berburuk sangka..
Okey.. Semalam saya pergi ke PMM.. Actually, hari Jumaat saya tak ada kelas.. Tapi semalam lecturer buat kelas ganti sebab nak cover silibus sebelum dia cuti bersalin.. So, macam biasa saya jalan sorang-sorang.. Dan macam biasa juga, laluan saya ialah JKE.. For sure.. Sebab saya memang kurang nak masuk tempat orang.. That's me and always be me :)..
Dipendekkan cerita, masa saya lalu di JKE.. Saya ternampak notis ni.
.
Memang jaranglah PMM nak buat Program Derma Darah PERDANA.. Sepanjang saya di PMM, ini kali pertama.. Kalau derma darah biasa tu, memang setiap sem saya nampak.. Tak pernah join lagi atas sebab-sebab tertentu.. :D..
Jadi, pulang ke rumah, saya tergerak hati untuk selidik tentang latar belakang Puan Dorah Darul ni.. Dari pemahaman saya, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di Politeknik Kota Kinabalu.. Jadi, tak peliklah kenapa Politeknik Kebangsaan anjurkan program ni..
Dan tergerak hati juga untuk saya membantu.. Maka, saya pun add Puan Dorah sebagai friend di Facebook untuk ikuti perkembangan Adik Nurkaiyisah ni..
Ini screen shot yang saya buat.. Saya postkan di wall saya dan minta supaya rakan-rakan saya forwardkan.. Alhamdulillah, dengan bantuan Allah, dalam masa yang singkat ramai yang klik SHARE pada gambar tersebut dan tak kurang juga yang klik LIKE.. SubhanAllah.. Semoga Allah mengurniakan limpah Rahmat-Nya kepada kalian..
Dari tinjauan saya selepas 3 jam saya post screen shot ini, jumlah share mencecah ke angka 120 SHARES dan 28 LIKES.. Purata satu jam 40 share.. Sangat ramai dan kita boleh agak sejauh mana berita ini telah disebarkan, kan? Satu jam berikutnya, saya tinjau lagi.. Kali ini angka meningkat lagi.. 200 SHARES dan 36 LIKES.. Wahhh..
Dalam pada itu, ramai juga yang inbox saya..
Ada lagi yang saya tak screen shot.. Tak kurang juga yang ADD saya untuk dapatkan info tentang Adik Nurkaiyisah.. At the end of this entry nanti saya akan letakkan link FB mereka supaya mudah untuk Puan Dorah hubungi nanti.. InsyaAllah..
So, early this morning, saya on lappy as usual.. Jam 7, after 12 hours saya post berita ni..
Tapi dengan sekali REFRESH sahaja, angka 665 tu bertukar menjadi 717.. Allahuakbar.. Alhamdulillah.. Dan jam 7 malam tadi, saya on lagi lappy, setelah 24 jam..
Dah reach untill 1329 SHARES.. dan 295 LIKES.. rasa-rasa, dah sampai ke luar negara tahu ni.. :D.. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama..
Bagaimanapun, hari ini, saya menjengah semula ke wall Puan Dorah, berita gembira yang dipaparkan di situ..
Jika ditanya siapa saya kepada Adik Nurkaiyisah, jawapan saya, saya hanya saudara seagama dengannya.. Jujur, kami tiada pertalian darah.. Tetapi hati saya terpanggil untuk membantu.. Saya tak boleh nak jadi penderma, jadi, saya tolong sebarkan berita, Alhamdulillah hati saya dah tenang :) SubhanAllah.. Indahnya hubungan sesama manusia ini.. Hari ini saya bantu orang, siapa tahu esok lusa saya susah, semoga Allah membantu saya kelak.. Juga membantu kalian yang turut berkongsi berita ini :)
Untuk Puan Dorah sekeluarga, semoga kalian terus tabah dalam mengharungi ujian dunia ini.. Saya ada tengok gambar Adik Kaiyisah di profile Puan. SubhanAllah, comel permata yang satu ini.. Allah.. Semoga Adik Kaiyisah juga terus kuat dengan lontaran semangat dari seluruh pelosok Malaysia.. :) InsyaAllah..
SENARAI FACEBOOK YANG CUBA MENGHUBUNGI PUAN:
note: Saya akan update di sini jika ada yang lain :) InsyaAllah :)










