Haipppp.. Pelik kan bila budk sekolah muncul di musim final?? Haa.. Haruslah pelik dan harus jugak lah muncul.. Dah, nak cerita kat siapa pula kan.. So, kat sini je la aku cerita walaupun tak ada orang baca..
Ehhh.. Tak ada ke?? Tapi aku lagi pelik la bila viewer aku.. a.k.a readers aku kat blog ni naik mendadak! Dan almost everyday dah ada orang buka.. Viewer or stalker?? Hurm.. 5 huruf.. 1 perkataan.. W.E.I.R.D! Atau in malay, P.E.L.I.K!
Okey.. Biarkan lah kepelikan itu berlaku.. Kata orang, jangan ditegur, nanti hilang.. :D
So, semalam paper PLC dan Database.. Cemane?? Alhamdulillah.. Not as expected la.. Soalannya boleh tahan.. Tapi memandangkan semua CLO 1 atau paling tinggi pun sampai CLO 2 je, maka nya, sikit senang laa..
Malam sebelum paper tu, Cik Supervisor buat kelas.. Combine semua kelas yang Cik ajar.. Well, kami budak DTK kan.. Bila gabung dengan budak DET, memang rasa nak keluar kelas cepat-cepat je.. Tapi sebab nak jaga hati Cik, kami tahankan juga telinga.. Memekak tak sudah! Bercakap macam dalam pasar! Banyak kali kut Cik tegur, "Yang dekat belakang tu, kalau nak berbincang, tolong bincang kat luar. Hormat sikit kat kawan-kawan awak yang nak belajar ni.".. Muka Cik time tu dah muka bersalah dah.. Sepanjang kelas tu aku senyap je.. Tak jawab langsung soalan-soalan Cik, kecuali dengan angguk geleng.. Jujurlah, memang tak suka sangat nak gabung dengan budak DET ni.. Dah ler mulut tak reti diam.. Bahasa pun tak berjaga!
Lepas kelas tu, aku tolong Cik kemaskan projector dengan laptop macam biasa.. Tahu sangat dah budak-budak lain mesti lari terus bila kelas dah habis.. Cakap je kelas dismiss, lesap semua! Lagipun time tu aku nak copy nota.. Dak Din minta aku copy dan bagi kat diorang malam tu.. So, aku ambik dan bagi ler.. Aku orang last la yang balik..
Sementara aku mengemas tu, ada seorang budak lelaki tu, dia tak faham agaknya apa Cik ajar pasal Timer dan Counter.. Dia minta Cik ulang semula.. Cik pun sebagai pensyarah yang sangat concern dengan pelajarnya, ajarkanlah walaupun suara dah hampir-hampir nak hilang sebab teriakkan budak-budak yang memekak kat belakang masa kelas.. Lepas settle, aku tolong Cik angkat barang.. Then Cik nak kunci pintu tu, aku keluarkan handphone canggih aku.. Bukak torchlight..
Cik: Haa, bagus. Ada lampu suluh.. Awak suluh kat kunci saya..
Aku minta beg-beg yang Cik pegang sebab terkial-kial aku tengok Cik nak urus segala benda.. Aku terus suluh kat kunci.. Lepas dah siap, aku bawa beg-beg kat kereta Cik.. Nak letak tu aku dah kompius.. Mana satu beg Cik? Mana satu beg aku?
Aku: Ada yang salah letak beg pulak ni kang.
Cik gelak je.. Then aku hulur tangan nak salam Cik.. Cik sambut.. Lepas salam tu, Cik tepuk bahu aku berkali-kali.. Then Dia usap-usap..
Cik: Terima kasih, Syafiqah. Awak banyak tolong saya.
Aku: Ish, Cik lagi banyak tolong saya, Cik. Terima kasih sangat-sangat.
Cik senyum.. Comel sangat.. Aku balas senyum tu tapi dalam hati, punya sayu, Allah je yang tahu.. Dah gaya nak pisah jauh je.. Walhal, nak pisah dari kelas PLC je.. Kelas projek, Cik masih supervisor aku..
Then Cik nak masuk kereta dah.. Aku pun nak menapak pergi kat kereta aku.. Suddenly, tah dari mana semangat tu datang.. Aku pun pusing semula..
Aku: Cik!
Cik keluar semula dari kereta..
Aku: Simulation tu kan, saya minta Jannah buat. Tapi saya tak tahu dia buat ke tak. Haritu saya tanya, dia senyap je.
Cik ada bagitahu aku something time ni.. Something yang aku dah boleh agak dari awal sem lagi.. Sebab aku tahu Cik perasan benda ni dah lama.. Aku pun start menceritakan satu per satu pada Cik..
Aku: Serious Cik, hari tu saya menangis sungguh.. Tak tahan dah nak hadap semua ni.. Penat!
Cik terpempan.. Time tu aku malu gila kut nak pandang muka Cik.. Depan orang gila ganas aku ni.. Tapi hati, alahai.. Well, mungkin sebab nama aku Syafiqah kut.. Lembut.. Penyayang.. Uhuks..
Cik: Kenapa tak bagitahu awal-awal? Jangan pendam sendiri.. Bagitahu saya.. Kalau tak nanti nangis sendiri.. *Cik buat nada nangis.. ejek aku!*
Aku gelak..
Aku: Kan saya ada kata nak jumpa Cik, haritu.. Tapi tak sempat..
Cik: Alahai.. Saya memang tak sempat sangat.. Takpe.. Apa-apa, lepas ni mesej je saya.. Atau whatsapp ke.. Saya memang tak sempat nak balas.. Tapi nanti saya baca la..
Dalam hati aku kata, kalau aku tahu, memang nak mesej je.. Nak jumpa face to face, aku tak rasa aku boleh bercakap dengan tenang la time bermasalah tu.. Kut aku nangis pulak depan Cik.. Tak ke haru.. Malam tu, tu la.. Aku pun pelik.. Mana datang kekuatan untuk aku bercerita tah..
So, semalam, aku jawab exam dengan tenang.. Alhamdulillah.. 2 subjek tu, kertas jawapan aku full.. Confidence level, 75%.. InsyaAllah A atau A- yang aku target.. Kalau takde, bukan rezeki la namanya... OS aku dah hancur lebur.. Jadi aku harap kat dua subjek ni je..
Isnin ni Comm pulak.. Khamis last paper.. Embedded.. Both killer subject.. Agagagaga.. Tapi, Deadlock dalam OS awal-awal dah membunuh aku.. Siap kuncikan pulak tu! Hilang mood aku nak study PLC dan Database.. Tapi syukur sangat, dapat jawab dengan mudah.. :) Sekarang, tugas aku, doa je :)
Adios!
