Result has been announced!

Selepas penat lelah sepanjang semester ni, maka, hari ni adalah dikira macam hari perhitungan la.. Dah usaha kan, hari ni keluarlah result..

Gila! Pakai SPMP ni lembab kut! Aku punya baran sticker kereta tak dapat, tak sudah lagi ni.. Pulak tu ditambah dengan result yang lambat keluar.. Time pakai iPelajar dulu, pukul 12 server dah bizi dah.. So, malam tadi, kononnya pukul 11 tu aku nak tidur dah.. Nak check result pagi ni la kononnya kan.. Tapi terlajak pulak sebab dok tengok video Allahyarham Ahmad Ammar tu.. Student Malaysia yang syahidnya tertangguh.. Untungkan dia.. :) Dah tengok video tu, sambung pula melayan Ong Bak.. Tup-tup, tengok dah pukul 11.50 lebih sikit la kut.. Aku tahan la mata nak menunggu..

Dah buka SPMP tu, aiyarkkk.. Tak buka lagi resultnya.. Jadi, aku pun dengan jayanya tidur.. Sebelum tu, berkali-kali gak aku try refresh.. Sampai tak larat dah.. Dok atas katil, online pakai handphone pulak.. Pun sama gak, tak ada result.. Tah masa mana aku terlelap pun aku tak perasan..

Pukul 2 aku terjaga.. Sebab mimpi result! Hampeh sungguh! Tapi mimpi nampak satu je.. Tak puas hati.. Pukul 2 pagi tu aku refresh lagi.. Takde jugak! Baca kat Wechat, dak-dak ni kata pukul 8 pagi baru buka.. Aaarghhhhhhh!

Pukul 6 bangun.. Tak puas hati lagi.. Buka lagi sekali.. Okey.. Takde!


Sadis kan?  Pastu aku pun lelap balik.. Okey, tak solat.. Sebab Allah bagi cuti.. Jangan ingat aku jahil sangat.. Cukuplah aku lalui zaman kejahilan aku dulu.. Seksa!

Pukul 8 aku bangun, terus capai handphone lagi! Refresh dan.. Tadaaaaa.. The result has been announced! Tak la cantik sangat result aku.. Tapi syukur tak ada gagal.. Dan itu yang Allah bagi setara dengan usaha aku.. Asal terjaga je, minta Allah bagi keputusan yang setimpal dengan effort aku.. Dan, itulah yang aku dapat..


The result has been announced and I'm awake! Weeeee.. Alhamdulillah, ada la 2 subjek aku dapat A-.. Subjek yang aku kena hadap dalam satu hari yang sama.. Habis paper PLC, aku ada text Cik Sweetheart.. Mesej tu panjang, tapi hujungnya aku cakap kat Cik cenggini.. "Paper tadi boleh tahan, kalau dapat A, kita KFC lagi!".. Lebih kurang la.. So, masa tengok result, aku tengok dua subjek ni dulu..

InsyaAllah, ada rezeki, delivery lagi :) Suka sangat! Weeeeee.. Alhamdulillah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.