Maka semalam, dengan jayanya, dah start lah semester baru.. Ikut hati, aku malas nak update, sebab tak nak orang follow lagi cerita pasal aku.. Tapi, disebabkan kekejaman yang telah subjek projek lakukan pada aku, so, I have to write la.. Plus, aku nak cerita ni nanti jadi kenangan bila aku dah keluar dari PMM nanti.. Lagi-lagi pula bila dah habis PhD.. Wallaweyh.. Kata orang, cita-cita biar tinggi melangit, supaya langkah usaha kita pun panjang menggalah..
So, nak dijadikan cerita.. Hari ni hari kedua la sekolah kan.. Sebab sem ni takde jerebu.. Merlimau pun elok je tak banjir, jadi sekolah dimulakan dengan jayanya.. Okey, oleh sebab kemalasan nak taip semula cerita, maka, aku pun screen capture je..
Dikisahkan, news yang aku terima tu bertajuk, "CIK SUPERVISOR AKAN BERPINDAH!".. Oh God! What kind of news is this?? First aku dengar berita tu dari mulut anak-anak PA Cik Supervisor.. Time tu aku dah kucar-kacir dah perasaan ni.. Tak tahu apa sebenarnya yang aku rasa.. Seriously! Tapi aku senyap lagi.. Cuma, aku update status kat FB..
"Berita yang membuat aku hampir jatuh.."
Dan adalah beberapa orang insan prihatin yang bertanyakan tentang berita apa.. Tapi aku tak jawab.. Jujur, memang aku down sangat.. Tapi aku try act like nothing la..
Balik rumah tengahari tu, aku terus jumpa Ibu..
Aku: Ibu, Cik A nak pindah.
Ibu: Pindah mana?
Aku: Tak tahu. Adek tahu pun dari budak kelas dia.
Ibu: Tak apalah.
Aku: Nanti Adek dapat supervisor baru.
Ibu: Pulak?
Aku: Tu lah. Budak-budak ni pun dah risau.
Ibu: Tak apalah. Patah tumbuh hilang berganti. Mungkin yang ganti lebih baik.
Aku: *senyap sebab dah meleleh dah*
Aku terus bangun, masuk bilik. Menangis sungguh-sungguh.. Macam masa Cik Supervisor reject tajuk projek aku dulu.. Pun macam masa aku stress hadap report projek sensorang dulu.. Stress la weh dengar berita macam ni.. Lagi pulak, korang tahu kan, sayang aku pada Cik Supervisor ni macam mana.. Sedih tau nak pisah..
Masa solat Zuhur tu, aku dah tak rasa ada mood nak pergi kelas.. Sebab petang tu kelas projek.. Sebenanya, masa kelas Maintenance aku ada whatsapp dengan Cik.. Cik tak ada pula bagitahu apa-apa.. Mungkin sebab nak bagitahu kat kami petang tu kut.. Masa doa tu, meleleh air mata aku.. Aku doa minta Allah tabahkan hati untuk terima berita ni dan bagi segala yang terbaik untuk kami..
Pukul 2, nak tak nak kena juga pergi kelas kan.. Dah sampai kat bangunan JKE yang banyak-banyak tu, tiba-tiba Cik whatsapp..
Time tu, budak-budak ni dah bengkek je.. Tapi aku cool lagi.. Apa nak kisah sangat.. Adat la.. Tengah menunggu tu, Cik lalu.. Nak masuk office dia.. Aku tegur, Cik tak dengar.. Mungkin sebab suara aku sangkut.. Batuk lagi ni.. stu budak-budak lelaki panggil Cik.. Baru Cik perasan kewujudan kami kat situ.. Tapi Cik memang sokmo tak perasan pun.. Jalan tak memandang kiri kanan.. Ngee.. Sempat lagi ngutuk.. Hoho.. Pastu Cik datang kat kitorang.. Duduk between aku dengan Syafira.. Sebab memang ada space kat situ.. Aku dok belah kanan sekali la kiranya.. Budak-budak ni dok belah kiri.. Jadi Cik membelakangkan aku.. Tapi aku apa ada hal.. Cik tengah dok bercakap, aku dok leka main handphone.. Sedih lagi! Hahaha.. Alasan.. Tapi betul la weh! Sebelum ni mana pernah aku buat macam tu.. Setiap kali Cik cakap, aku fokus! Sebab aku suka dengar suara Cik..
Cik: Haa.. Saya ada benda nak bagitahu awak semua ni..
Kitorang pun ye ye nak dengar.. Padahal ada yang dah tahu.. Aku antaranya la.. Pastu Cik pandang Jannah..
Cik: Awak tutup telinga.. Jangan dengar..Ni gosip kumpulan kitorang je..
Aku dok kat belakang Cik dah buat muka pelik.. Dah kenapa pula Cik ni? Singkirkan Jannah ke? Agagaga.. Jap lagi kang..
Cik: Eh, awak kumpulan kitorang.. Sorry, sorry.. Saya asyik ingat awak ni Wahidah..
Dah pulak Cik ni.. Padahal sem lepas Wahidah sekelas dengan aku kut.. Kiranya, hari Isnin aku 5 jam dengan Cik, Wahidah pun sama juga.. Tak ingat muka lagi? Nasib baik Cik ingat saya kan? Mungkin sebab saya comel kut.. Wekkkkk.. Hahaha..
Cik: Lepas ni saya tak jadi supervisor awak semua lagi tau. Nanti awak semua dapat supervisor lain.
Aku: Cik nak saya menangis sekarang ke, balik nanti?
Cik: Ha? *confirm memang suara aku tersekat kat tekak*
Aku: Cik nak saya menangis sekarang ke, balik nanti?
Cik: Eh, tak payahlah. Jangan nangis-nangis.
Pukul .3.30 tu, kami naik ke M-2-BK2.. Dan, kelihatannya tiada orang melainkan kami berlapan.. Tahniah!
Pastu kami pun balik dengan penuh megah sementara kawan-kawan alin pergi jumpa supervisor masing-masing.. Supervisor saya seorang ni je, tapi ragamnya beribu! Comel sangat! Agagagaga..
Petang tu aku pergi rumah Cik.. Langsaikan hutang PLC.. Lepas adegan tolak menolak di Whatsapp.. Akhirnya aku menang.. So, petang tu aku pergi dengan Appy.. Borak-borak sikit pasal projek.. First thing yang Cik bagitahu aku ialah,
Cik: Tadi saya jumpa Ketua Jabatan..
Aku: Ha?
Cik: *senyum* Dia tak kasi saya tinggalkan budak projek. Sebab dia kata dah separuh jalan. Tak ada siapa nak ambil.
Aku: Habis tu?
Cik: Mungkin saya masih supervisor awak, tapi saya tak masuk kelas la. Kalau ada masalah datang jumpa saya kat depan je.
Aku: Ooo.. *respon oo je.. dalam hati, punyalah happy!*
Ya Allah, memang tak sangka sangat dapat news macam tu.. Boleh tak nak shout,
"SAYA SAYANG KJ SAYA!"
Agagagaga.. Supervisor? Sebab sayang lah tak mao lepaskan.. Ahaks.. Seronok sangat! Tapi, terbukti kan yang subjek Projek ni kejam dengan aku?? Suka tengok aku menangis.. Suka buat aku menangis.. Tak best tau macam ni.. Kesian ai.. Hiks..
Sebelum bali k tu, aku menyampaikan pesan si Ameer Drama King kelas PLC dulu kat Cik.. Dia minta aku masukkan Cik dalam grup WeChat kami.. Aku cakap ler aku cari Cik kat WeChat tak jumpa.. Dulu jumpa, sekarang dah tak ada.. Cik kata, ada je.. At last, sebagai anak murid yang baik, aku minta Cik cari aku.. Boleh gitu ea? Dan Cik add aku! Weeee..
note:
Terima kasih Ya Allah.. :)
*Aku tak pernah mention nama Cik dalam ni sebab aku tak nak nanti bila orang Google nama Cik, keluar blog ni.. Dan aku blur kan nama wechat cik, sebab.. korang tahu kut.. :D dah babaiiiii..






