Muncul lagi di musim FE..

Ohhhh.. Macam derhaka pula bila muncul masa FE berlangsung kan.. Tapi nak buat cemane, mood study tak mao mai selagi tak mencoret something.. Nak tulis cerpen or sambung CDSP (Cinta Di Sebalik Purdah), tak boleh.. Sat lagi aku sesat meraban p jauh, tak balik-balik, time mana nak study?

So, saja la nak share pasal Perkaya Inovasi PMM pulak.. Sat lagi tak update, orang kata aku kecewa tahap dewa sakti pulak kan? Tapi, sebenarnya, aku peduli apa kata orang.. Cuma, nak share la cerita..

Nak dijadikan cerita, lepas habis Inovasi tu, 'mak' nak jumpa kami yang pergi ke Perkaya ni.. Inovasi hari Rabu, so, Khamis tu kami menghadap 'mak'.. Dan 'mak' pun tanya apa yang panel komen masa inovasi tu.. Dan macam apa yang aku cerita pada previous entry, panel tak kata apa sangat pun.. Cuma, Puan Isma, selaku lecturer Database kami yang sangat comel lagi berseri orangnya, kata, "Ni mesti last minutes punya kerja ni.. Kosong je..".. Kami sengih je la masa tu..

Jadi, dari komen yang diterima, 'mak' minta aku kaler-kaler kan sikit sistem tu.. Warnakan header, pastu buat kotak-kotak tu berwarna sikit.. Supaya senang nak notify pensyarah kan.. Lagipun, memang itu objektif kami.. Jumpa 'mak' kejap je pun time tu.. Jadi, lepas cerita tu, kami balik.. Suddenly, petang tu 'mak' wechat kami, minta email sebab nak emailkan borang Perkaya.. Lepas fill in tu, 'mak' kata, nak kena ada sign 'mak'.. So, Jumaat tu wakil kumpulan kena la pergi jumpa 'mak' sekali lagi.. Dan for sure, aku la wakil kumpulan aku.. 

Weekend tu, aku dok hadap bagi warna-warna kat sistem tu.. On Tuesday, aku menghadap 'mak' sekali lagi.. Time tu sebab nak tunjuk sistem yang dah warna-warni macam budak tadika bak kata 'mak'.. So, 'mak' komen dan aku ubah terus depan 'mak'..

Ditakdirkan, lepas meeting tu, 'mak' minta tolong aku hantar soalan kat pigeon hole sorang lecturer ni.. Aku tak kenal pun lecturer ni sebab tak pernah ajo aku.. Mana nak ajo, dah sah-sah subjek tu 'mak' yang ajo aku.. Hiks.. So, aku pun pergi.. Dan, ditakdirkan juga, aku tergerak hati nak menjengah ke notice board Unit Projek.. So, aku jumpa satu form kat situ.. Basically bukan satu.. Ada 4.. Tapi, aku tengok yang satu je.. Sebab itu kategori yang aku masuk untuk Perkaya.. Aku ambil gambar, dan aku forward kat 'mak'.. 'Mak' tanya kat mana aku dapat.. Pastu 'mak' senyap..

Petang tu, 'mak' bagitahu kat wechat yang kategori ak dah ditukar pada Inovasi.. Sebab kalau masuk kategori Design, depa nak dokumentasi.. 50% marks untuk dokumentasi sahaja.. Dan dokumentasi tu dah tentu-tentu final report kami.. So, aku meredhakan hati menerima segalanya *uicehhh*.. Petang tu pun agak kalut jugak, dengan Encik Fauzi as penyelaras projek datang tanya kami macam-macam.. Dengan AJK Perkaya pun huru-hara tanya sebenarnya kami kategori apa, so, aku pun dah mula nak stress.. Tapi aku cuba untuk cool.. Dan aku fikir, target aku kat Perkaya ni bukan untuk menang pun.. Tapi kalau ada rezeki, Alhamdulillah..

Lepas serabut-serabut tu, aku cerita la kat 'mak' at the end, aku kata, "Tak apa lah.. Accept je the challenge..".. Then 'mak' kata, "Thats the spirit we want!".. So, Aku berpulun la menyiapkan report dari waktu balik tu, sampai pukul 9 lebih.. Within 3 hours lebih sikit la aku hadap benda tu.. Macam nak gila pun ada, tapi sabar..

I asked Cik Partner to do her part as suggested by 'mak'.. Aku minta dia siapkan Chapter 5, Conclusion and Recommendation memandangkan aku dah siapkan abstract dan abstrak *ngade nak tulis dedua*. Chapter 1 - Introduction, Chapter 2 - Literature Review, Chapter 3 - Methodology, Chapter 4 - Analysis and Result.. Oh, wait, Gantt Chart dalam chapter 3, dia buat.. Part lain, jap aku fikir.. Hurmmm.. Ada dia buat, tapi rejected by 'mak' sebab ayat dia fully copied from internet as I said before.. Previous punya previous punya previous entry aku ada cerita.. So, aku juga yang edit semula dan buat semula dari awal sampai akhir.. 

Nak dijadikan cerita, dia pun bagi aku ayat untuk Chapter 5 tu.. Dan komen aku, *tak payah tunjuk kat 'mak' pun tahu dah apa akan jadi*, first of all, conclusion tu, sangat takde kaitan dengan sistem atau projek yang aku dah usahakan sepanjang sem ni.. Okey, highlight, AKU YANG USAHAKAN.. Aku yang tak tidur malam hadap benda tu, aku yang migrain-migrain pikir benda tu.. Aku juga yang tak lalu makan sebab nak fikir benda tu.. Aku bukan nak mengungkit, tapi aku rasa, effort seorang memang tak layak untuk menang Perkaya pun.. Jadi, dapat ke Perkaya tu pun dah kira rezeki la untuk dia yang menang atas angin je..

Second of all, conclusion yang dia buat, tak sampai sejengkal aku pun walaupun dah di double spacing kan.. Third, mana recommendation? Logic tak buat Conclusion and recommendation dalam satu perenggan yang kontot tu? Memang tak la kan?

Tapi disebabkan aku memang dah tak sempat nak buat, so, aku print je untuk panel esok tu.. Dan keesokan harinya, panel tak tengok kami punya documentation.. TADAAAAAAA.. Dan aku rasa, tulah antara punca kekalahan kami.. Markah dokumentasi takdak langsung! Tapi, takpe la.. Kalau panel tengok pun, memang takkan menang.. Aku yakin dan pasti sebab orang lain punya projek yang satu kategori tu, semua gempak-gempak.. Sangat malu untuk aku berada dalam dewan tu sebenarnya.. Makanya, lepas je panel nilai, aku mengghaibkan booth aku.. Haaa.. Power kan? Ala-ala ada magic gitu.. Hiks..

Proudly aku nak share, projek Electrodomesticos de Control Android menang Anugerah EMAS hokeyh! Projek yang sangat group kami banggakan.. Mau tak bangga.. Diorang berhabis duit pergi kursus sana-sini untuk siapkan projek tu tau.. Dan itu juga sebenarnya projek yang orang pandang hina sebelum ni.. Well, projek bawah 'mak' semua dipandang hina la kisahnya.. Tapi kami terima je.. Kami tak sehebat orang lain.. 

After all the pain, aku rasa sangat lega dah sekarang ni.. Esoknya tu, aku hantar report kat 'mak' as promised.. 'Mak' puji report aku.. Tapi aku dah takde hati nak dengar semua tu.. Aku tahu 'mak' komen sebab nak jaga hati je.. Mungkin la terselit sekelumit ikhlas kat hati 'mak' lepas tengok segala effort aku untuk subjek ni.. Penat lelah, gelak tawa, deraian air mata semua.. Tapi hai aku? Memang dah beku dah.. Tak rasa ada apa nak aku banggakan.. Takde apa yang aku nak suka kan.. Aku dah penat sangat.. Aku tak tahu la apa nasib Cik Partner dalam subjek ni.. Kadang-kadang, bila marah, aku rasa macam dia tak patut lulus pun dengan apa yang dia dah sumbangkan.. Apa je yang dia sumbangkan? Nothing! Tapi bila fikir balik, logik ke orang yang pergi ke Perkaya gagal? Sat lagi 'mak' pulak yang nak kena jawab macam-macam dengan penyelaras.. So, aku serah everything pada yang selayaknya..

Okaiii.. Dah sampai masa untuk hadap nota-nota ni.. Night! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.