Result oh Plan..

Secara rasminya, result sem akhir aku yang dah memang kompom akhir, dah dikeluarkan pada 15 Mei 2014 baru ni.. One day before Teachers Day.. Oh, meriah! Ahaks.. Alkamdulillah.. Kira okey la.. Kan kan kan.. Sem lepas dapat 2 A-.. Sem ni dapat 2 A.. Weeee.. Alhamdulillah..

Dapat je result, aku terus menangis! Tadaaaa.. Hahahaha.. Happy gila-gila kut.. Aku memang dah tak berharap da nak dapat CGPA aku lebih dari 3.0.. Tiba-tiba tengok, Alhamdulillah! Lepas gak 3.0 walaupun sikit sangat bezanya.. Hahaha..

Lepas nangis-nangis tu, aku pergi kat Ibu.. Bagitahu result.. 



Lagi terharu bila Puan Nabilah wish congrats.. Lagi la meleleh-leleh air mato den.. Wohohoho..

Paling syok bila aku tengok result Project.. Ahaks.. Seriously, sepanjang cuti sem haritu, aku belek balik report aku.. Dan aku rasa, sangat tak layak dengan result tu.. Tapi, aku tahu, Cik Supervisor sangat menghargai effort kami untuk FYP.. Dengarnya, semua orang dapat A.. Ada sorang je la yang bukan A..

Dan, tengah nangis-nangis tu, aku wacap Cik Supervisor..


Aku terus bagi screen capture result aku kat Cik.. Well, sebenarnya, aku sangat jarang nak share result aku dengan orang lain unless, aku rasa dia sangat dekat dengan aku.. Selalu kalau orang tanya, aku akan kata okey je.. Tak pernah lagi aku bagi exact result kat orang.. Hiks..

Dan aku share juga result aku kat family aku.. Kat wacap je.. Sonang! Dan inilah respon diorang..




Ateh's respond paling tak leh blah.. Bunga %^&% ayam dia nak bagi kat aku time konvo? Hampeh! Hahahaha..

Ni la result aku.. Hiks..


Yang tak cayanyer, Islamic Civilization aku A, tapi group members aku A-.. Padahal markah kami lebih kurang je.. Takpe la.. Rezeki masing-masing, kan? Yang penting, kita grad sama-sama nanti.. Aku happy sangat kita dah lepas semua.. Cumaaaa.. Rindu la kat PMM.. Nah! Padan muka! Dah betul kata Cik Supervisor.. Errkk.. Sebenarnya, rindu la kat PMM, tapi rindu kat Cik lebih lagi.. Boleh? Hahaha.. Okey, Cha ngade! Ahaks..


Aku tak caya Project aku dapat A sebab sem lepas aku dapat B+ je.. Sedih kan?? Padan muka laa.. Memang layak! Report pun tunggang langgang.. Sem ni, aku pulun susun habis.. Asalnya ada la orang tolong susunkan kannn.. Memang tanggungjawab dia pun.. Tapi, bila aku check balik, wallaweyh, banyak gila yang dia buang.. Biarlah kan.. Dah dapat A pun..Dah dapat pun apa yang aku nak..

Satu benda lagi yang buat aku gila-gila happy bila fikir balik, worth yang amat sangat effort aku menangis sepanjang sem, tak tidur siang malam.. Ada sekali tu hampir 72 hours aku tak tidur.. Tak makan.. Time tu, aku doakan Allah, minta daya dan kekuatan je nak hadap kelas.. Elak pengsan ke apa-apa yang menyusahkan orang.. Alhamdulillah, Allah jaga.. Allah Maha Memahami.. SubhanAllah..

Kalau ingat balik, memang rasa, Allahuakbar.. Janji Allah tu pasti.. Man jadda, wajada.. Siapa yang usahakan, pasti dapat setimpal dengan usahanya..


Bila tengok life events kat FB, rasa sedih je bila tertulis Graduated from Politeknik Merlimau Melaka.. Macam tak percaya.. Nak flashback balik kisah hidup aku yang penuh dengan kehancuran, ahaks.. Memang la boleh buat aku menangis..

Dulu, masa UPSR, aku dapat 4A 1C.. Dengan result yang macam tu, aku dapat tawaran masuk program Rancangan Khas kat SMK Dang Anum.. Program yang memang student cemerlang je layak masuk.. Tapi, aku reject.. Au ingat lagi, time tu Cikgu Ruwayah call aku..

Cikgu Ruwayah: Syafiqah, esok datang sekolah ea.. Daftar untuk Rancangan Khas kat Dang Anum. Saya tunggu awak kat sana..
Aku: Saya nak masuk sekolah Jaim, Cikgu..

Dengan yakinnya aku reject walaupun sebenarnya masa tu aku belum dapat keputusan rayuan untuk masuk sekolah Jaim tu.. Kena merayu kau! Sebab sekolah tu nak maximum 3A je UPSR.. Batch aku ada 4 orang je yang dapat 4A.. 5A memang takde la..

Masa PMR.. Sebab aku terleka dengan result UPSR aku tu, sampai aku jadi malas nak study.. Hasilnya, aku dapat 2A je daripada 9 subjek.. Masa SPM pulak, aku mogok, sebab orang paksa aku belajar untuk jadi doktor.. Padahal time tu, cita-cita aku nak jadi pilot.. Atau at least engineer.. Tup-tup, orang kata, jadi doktor.. Maka, aku dengan derhakanya tak belajar sungguh-sungguh.. Natijahnya, aku dapat 1 1A je.. Itupun Mathe Mod.. Tudiaaa.. BM pun 3B je.. Ahaks..

Maka, dengan result tu, aku tak dapat UPU sebab aku mohon tempat yang tah mana-mana je.. Sape nak orang 1A je.. Then, aku apply KPTMKL.. Dapat course Accounting yang AKU TAK MINAT! Okey.. 1 sem, then aku GB.. Dah usaha, tapi, I can't.. Seriously!

Lepas tu, bawak diri gi Seremban, masuk kolej swasta.. Amek Kulinari pulak.. Tak lama.. Tak sempat habis Sijil tahap 1 pun, Ibu applykan masuk Poli.. Alhamdulillah.. Dapat.. Tapi kat PSP.. Course asal yang aku dapat memang DTK.. Tapi aku minta pindah PMM.. Dia kata, nak pindah boleh, tapi kena hold satu sem, masuk sesi Disember 2010.. Kalau tak, sesi Jun 2010 aku dah masuk dah.. Kalau tak aku jadi anak PA pada Cik Supervisor tau.. Ahaks.. Dan satu lagi syarat, aku kena tukar course, amek DEP.. So, aku reda je la..

Bila tengok semula online, result permohonan aku tak berubah lagi.. Masih di PSP.. So, aku naik balik ke KPM.. Kebetulan, pegawai yang uruskan tu pergi buat umrah, jadi, orang lain uruskan.. Dan, aku minta la DTK.. Dan, tadaaaa.. Dapat!

Tapiiiii.. Masa tu.. Kat surat tawaran yang aku terima time tu tulis Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), tapi.. Bila aku register, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer).. Maka, berbahagialah aku..

Dan, lepas apa yang aku tempuh, akhirnya, aku berjaya tamatkan belajar.. Tak lompat-lompat dah.. Bak kata akak pun, orang amek degree banyak-banyak.. Aku amek diploma banyak-banyak.. Ahaks..

So, plan aku, lepas ni nak kerja dulu setahun.. Sambil-sambil nak ambil MUET.. Lepas tu baru apply sambung degree.. Tapi, ramai orang tak setuju.. Katanya, kalau dah kerja nanti, tak malas ke nak study.. Aku harap tak.. Sebab cita-cita aku nak pergi jauh.. Mungkin aku tak boleh nak bahagiakan Ibu Abah dengan perkara lain, tapi, biarlah aku cuba untuk bahagiakan Ibu Abah dengan cara ni.. Mungkin, aku tak boleh nak bagi Ibu Abah banyak duit.. Tak dapat nak lunaskan janji aku untuk bawak Ibu Abah pergi haji sama-sama, biarlah aku bahagiakan Ibu Abah dengan apa yang aku dapat sekarang..

Aku ingat lagi dulu.. Masa aku tak dapat UPU.. Ibu la yang macam cacing kepanasan duk fikir kat mana nak carikan tempat untuk aku belajar.. Supaya aku tak down bila kawan-kawan aku berjaya.. Masa aku GB kat KPTM pun, sekali lagi Ibu yang risau carikan ruang baru untuk aku, supaya aku tak rasa rendah diri bila duduk dengan adik beradik aku yang berjaya..

Ibu, Abah, terima kasih untuk segala pengorbanan..
Untuk setiap peluh dan setiap sen yang Ibu Abah keluarkan untuk Adek..
Untuk segala penat lelah Ibu Abah..
Untuk setiap tangkai doa yang Ibu Abah titipkan untuk Adek..
Untuk setiap malam yang Ibu Abah tak tidur untuk memikirkan Adek..
Untuk reda Ibu Abah yang tak berkesudahan dalam setiap apa yang Adek lakukan..
Untuk setiap rasa risau yang membalut hati bila tengok Adek sibuk study sampai tak sempat makan, minum dan tidur..
Untuk memahami dan menyokong Adek pada setiap saat..
Jatuh bangun Adek, untuk Allah, untuk Ibu Abah, untuk keluarga kita..
InsyaAllah, moga Allah meredai kita sekeluarga..

Pada semua cikgu-cikgu dari Tadika Kemas Kampung Pulai, SK Merlimau 1, SK Sempang, SMA Assaiyidah Khadijah Merlimau.. Pensyarah-pensyarah di KPTMKL, MACFAS Academy and Training Centre dan Politeknik Merlimau Melaka, yang ajar saya tulis, baca dan kira.. Yang ajar saya mengenal dan membezakan warna.. Yang ajar saya dari mana kehidupan itu bermula.. Yang ajarkan saya apa itu algebra, geometri dan segala sudut.. Yang ajarkan saya apa itu ratio, probability, differentation dan integration.. Yang ajarkan saya kira I, V dan R.. Kenalkan saya pada apa itu Ampere, Volt dan Ohm.. Tunjukkan saya tentang apa itu ER Diagram, Tuples, Domain, Entity, dan Attributes.. Ajarkan saya apa itu ACS, Relay, Contactor, 3-phase DOL Motor, Timer, Counter dan Ladder Diagram.. Terima kasih untuk segalanya.. Hanya Allah mampu membalas segala jasa cikgu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.