INTERVIEW: Pengalaman vs Permintaan

Ringkasnya, pagi tadi aku selesai hadap satu interview.. Kenapa tak buat intro pusing terbalik macam selalu? Actually aku takde mood nak membaca, dan jauh sekali nak ada mood menulis bila di ambang ni..

So, back to our topic.. Masa kat tempat aku temuduga tadi tu, first mistake yang aku buat, silap tulis tarikh pada buku pelawat.. Kan ke tarikh hari ni 26 Ogos? Aku tulis 25 Ogos dengan yakinnya..

Then, masa tengah temuduga tu, soalan-soalan they all simple.. Antaranya;

1-  Ada lesen memandu? Kelas D? Biasa bawa kereta manual atau auto?
☆ Ada. Ye kelas D. Biasa bawa kereta Manual.
♢♢Bagus! Selalunya kalau orang bawa kereta manual ni, yakin nak bawa auto. Sebab kereta kita semua auto.

2- Saya nampak tadi, awak belajar di sekolah Arab, boleh ajar Bahasa Arab? Budak sekolah rendah.
☆ Kalau yang basic, InsyaAllah saya boleh ajar.  Kalau budak sekolah rendah, saya kena belajar lagi la. Setakat tadika ni, yang basic, InsyaAllah boleh.
♢♢ Yela. Kita pun memang tadika je. Memang basic sangat. So, kira boleh la kan?
☆ InsyaAllah boleh.

3- Saya nampak juga ada teakwondo tadi, ea? Tali pinggang apa? Boleh ajar? Sebab kita memang ada plan nak buat kelas teakwondo untuk budak-budak ni.
☆ Tali pinggang Biru 2. Boleh nak ajar.
♢♢Okey bagus.

4- Sebab apa apply jawatan ni ya?
☆ Sebab saya suka kanak-kanak. *jawapan klise*

5- Boleh buat alat bantu mengajar dalam bentuk visual? Maksudnya?
☆Boleh sediakan slide. Boleh sediakan bahan grafik.

6- Boleh design banner?
☆ Boleh.

7- Sediakan poster-poster ni semua, boleh la?
☆ Aah. Boleh.

8- Kalau kami tak ambil Cik bekerja dengan kami, tapi nak panggil untuk buat kelas tambahan untuk anak-anak ni, boleh?
☆ Boleh. Saya sedia bekerja secara part time juga.

9- Selalunya, petang-petang, kami adakan kelas tutorial. So, Cik prefer nak mengajar subjek apa?
☆ Matematik.

10- Kami memang serious nak ambil cikgu baru. Tapi kemungkinan bukan di Merlimau. Tapi dalam Melaka juga la. Mungkin dalam bulan 10 macam tu. Paling lewat bulan 11. Boleh?
☆Kalau boleh saya nak di Merlimau la. Sebab saya jaga nenek saya, parents dan anak buah saya. Tapi kalau setakat dalam Melaka, insyaAllah boleh.

11- Cik ada apa-apa soalan?
☆ Jadual kerjanya macam mana ya?
♢♢Selalunya dari pukul 7.30 pagi sampai 5.30 petang. Tapi office hour kita 8 sampai 5 je la sebenarnya. Cuma, ada parents yang hantar anak awal, jadi teachernya dah kena ada awal. Balik pun, kadang-kadang ada parents yang balik kerja lewat. Takkan kita nak tinggalkan budak tu macam tu je kan? Sabtu Ahad, kadang-kadang kita ada kursus. Program itu ini. Bukan macam sekolah biasa la.

At the end of interview, one of the interviewer tu cakap,
"Cik ni dah cukup bagus sebenarnya. Resume pun siap dengan cover letter. At least kita tahu la nak apply jawatan apa. Jawab soalan pun okey. InsyaAllah la."

Maka, lepas minta diri tu, aku pun beransur pulang dengan dada yang lapang.. Fuhhhh.. Punya la nervous! Kalau dapat, Alhamdulillah.. Kalau takde rezeki aku, ambil ni sebagai pengalaman je la.. Doakan aku.. InsyaAllah.. Kalau itu yang terbaik..

Dan sekarang, aku mengantuk dan aku nak tidur!

*Well, jawapan tu bukanlah jawapan exactly macam aku jawab.. Tapi sikit lebih kurang la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.