Open house? Tak la open sangat..

Al-kisah.. Aku plan nak invite kawan-kawan DTK aku datang makan kat rumah next weekend.. InsyaAllah.. Biiznillah.. Asalnya kami plan sebab nak raikan Mommy kami yang dapat naik pangkat dan terpaksa tinggalkan PMM.. Sobs.. Aku yang sedih.. Hahaha.. Tapi, sebab lambat sangat dapat info, plus masa dapat info tu pun bulan puasa, mana nak buat makan-makannya pun kan.. Makanya, aku ubah plan tu jadi open house yang kecil-kecilan je..

Aku tak invite ramai pun.. Yang ada kat Merlimau.. Yang dok dekat-dekat sini je.. Dengan DTKrians yang se'mommy' dengan aku.. Plus, Cik Sweety kena la invite memandangkan aku termakan ayat Cik masa bulan puasa hari tu.. Termakan ayat, tak batal puasa kan? Hiks..

Memang awalnya aku ada niat nak hantar makanan yang aku masak kat cik.. Tapi fikir balik, malu aih.. Cik masak sedap lagi kut dari aku yang nama je belajar masak sampai ke kolej.. Tapi masak, hampeh! Hahaha..

So, hari ni aku pun dah buat list menu untuk hari tersebut.. Huwoooo.. Makan berat tak banyak.. 2 Jenis je.. Mulanya aku nak buat 1 je.. Menu favourite aku.. Tapi dok fikir, kalau tak cukup, acane? Teringat masa buat iftar DTKrians masa sem 2 dulu.. Habis licin! Tu masak main campak-campak je tu.. Ahaks..

So, aku harap, they all dapat datang.. Lagi-lagi kalau Mommy ada.. Suka hati aku.. Weeee.. Plus, aku memang sengaja pilih tarikh tu sebab nak buat sekali dengan birthday Ibu.. Birthday Ibu 15 Ogos tu.. Dulu birthday Abah, aku dah masak.. Birthday Ibu je belum.. So, buat la sekali.. Weee.. Nak buat weekend ni, tak boleh.. Risau tak sempat.. So, itu je la pilihan yang aku ada..

Haaa.. Alang-alang dah berceloteh kat sini, nak la sebut juga.. For those yang ada whatsapp aku di pagi hari yang indah 2 Ogos haritu, maaf saya tak reply mesej kamu.. 

Pertamanya, saya masih terkejut dengan kejutan itu.. Kedua, saya tak faham apa isi penting dari mesej kamu yang patut saya balas.. Ketiga, bukan dulu kamu kata dah tak nak cari saya lagi? Dah bahagia dengan orang lain kan? Keempat, sungguh ke pengakuan kamu tu benar? As conclusion, saya rasa saya tak patut reply mesej kamu demi menjaga hati saya sendiri dan tak mahu menyakiti kamu lagi.. 3 tahun, saya banyak sakitkan hati kamu kan? Pun saya bukan yang terbaik untuk jadi adik kamu memandangkan ada yang lebih baik..

Dan, saya memandang mesej yang berikutnya sebagai spy untuk kamu.. Sebabnya, saya perasan kamu online pada saat mesej tu saya terima.. Hurm.. Maaf andai kamu rasa ini satu tuduhan berat untuk kamu, cuma, ia lahir dari buah fikiran saya yang saya rasa wajar dikongsikan..

Asalnya saya tak nak post pasal ni.. Bimbang jadi kontroversi.. Well, dulu kita dah cukup glemer dengan perang blog kan? So, saya tak nak la benda tu berulang lagi..

Okey, back to our topic, open house yang tak open sangat tu.. Kawan-kawan, pensyarah-pensyarah yang TERbaca entri ni, yang duk dekat-dekat dengan saya, jemput la datang.. :)

Upss.. Pukul 2 dah.. Saya tak zohor lagi..Sat lagi nak keluar beli nombor pin UPU lak.. Papapaiiiii..




And, hah! Korang jangan lupa, Friday ni kita pakat boikot McD.. Sabtu pulak kita boikot Tesco dan Astro.. Nak gi McD and Tesco? Boleh, tapi masuk toilet dia je.. Pakat guna air dia bebanyak.. Bior bil diorang melambung..

Israel kata dia tak takut kita boikot, sebab dia tahu kita akan back semula pada produk dia.. So, aku nak kita sama-sama buktikan, tanpa produk dari Israel pun kita boleh hidup! Banyak lagi inisiatif lain yang kita boleh guna.. Tak tahu la kut korang tergamak bunuh saudara kita kat sana.. Tepuk dada, tanya iman.. ;) Adios!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.