September 4, 2014

Alkisah.. Tersebut la kisah.. Erkkk.. Hek! Nak dijadikan cerita, sebenarnya, hari ni akan jadi hari paling bizi buat aku.. Haha.. Pagi ni, aku nak ke SAIKHAD.. Jumpa Cikgu Fitri untuk urusan majlis Persaraan Madam nanti.. Wakil Alumni..

Balik dari settlekan tu, aku kena balik rumah, uruskan nek pulak.. Lap-lap badan sesikit.. Siapkan makan.. Tolong ambil wudhu'..

Tetiba malam ni, Ameer Si Drama King tu minta tolong aku hantarkan dia ke Melaka Sentral pula.. Maka, jadual aku terpaksa dianjakkan sikit.. Kena tolong nek awal-awal..

Dan selepas tu, sebenarnya, ada orang ajak tengok konsert malam tu nanti.. Nidji katanya.. Cesss! Nidji tu menatang mende pun aku tak tahu..

Minggu yang orang tu ajak aku tu, almost everyday gak la kami contact.. Ahaks.. Rindu ai tau bila tiba-tiba yu hilang.. *Cha, nak kena lempang?*

Mula-mula Isnin tu, aku contact orang tu.. Nak bagi lemang.. Selasa tu la orang tu ajak aku pergi tengok konsert tu.. Esok tu, aku tengah termenung tiba-tiba orang tu call..

Orang tu: Assalamualaikum Syafiqah.
Aku: Waalaikumussalam cik.
Orang tu: Tengah buat apa? Drive ke?
Aku: Tengah termenung. *dalam hati kata, nak drive ke mana cik? Saya payah nak kekuar sekarang. Rumah ni dah macam cinta hati saya dah. Sayang nak tinggalkan*
Orang tu: Saya nak tanya ni.
Aku: Ye saya?
Orang tu: Ada orang nak pinjam report projek awak. Boleh?
Aku: Siapakah?
Orang tu: Junior awak. *siap mention nama*
Aku: Cik sebut nama dia pun, bukan saya kenal.
Orang tu: Kan? Saya tahu dah. Awak bukan kenal junior-junior awak.
Aku: Tak payah junior, classmate pun tak kenal.

Hiks.. Kejam kan aku? Dah call tu berlarutan la dalam beberapa minit..

Sebenarnya Monday tu sembang lama gak.. Pasal title Dr. tu.. Banyak gak cerita yang aku share dengan orang tu.. Cerita yang aku tak share dengan kebanyakkan orang.. Mungkin tak selesa, atau mungkin isu tu tak patut aku ketengahkan..

Khamis tu, suddenly orang tu mentioned aku dalam komen.. Pasal penulisan.. Dan sesungguhnya ni kali kedua aku terkejut bila orang tu ingat pasal minat aku yang mendalam dalam bidang penulisan..

Kali pertama masa aku bagi orang tu buku Allahyarham Ahmad Ammar, orang tu tanya aku, "Apa ni? Buku awak?".. Whoaaa.. Doa la buku saya terbit cepat.. Saya target MITC tahun depan dah settle.. MITC tu, Mungkin Ini Takdir Cintaku.. Since CDSP dah melokop bersama-sama hard disk aku, maka, aku terpaksa ambil mood untuk edit semula mini novel tu jadi novel.. So, aku decide nak jalankan MITC tu dulu.. Rindu pula kat gaduh-gaduh manja Sameer dan Syafiq.. Dan comelnya Shameena.. Nampak tak nak promot kat sini? :P

So, untuk menghargai jasa orang tu yang mentioned aku dalam komen tu, maka, aku submit satu cerpen.. Dan sebenarnya aku tak harap sangat nak jadi ghost writer, sebab yang pertama, aku akan hilang nama.. Kedua, susah nak kerja dengan hati bila idea tu datang dari orang.. So, natijahnya nanti, karya kita takkan sampai ke hati orang.. Tak mampu nak touch hati pembaca dengan hasilnya..

Lepas tu, masing-masing senyap.. 25 Ogos tu, aku minta doa dari orang tu, untuk interview.. Alhamdulillah, doa ibu abah, doa nek, doa guru, doa orang lain juga, campur semua, mudah urusan aku.. Dapat pujian pula.. Cuma kerja tak tahu dapat tak.. Tolong doakan lagi ye.. :D

Dapat kerja sok, pertama, of course belanja family makan dulu.. Pastu, nak ajak orang tu makan-makan lagi.. Tapi kat luar la.. Nampak tak, kerja tak confirm lagi, dah plan macam-macam..

Lagi best, aku plan nak beli basikal sorang sebijik untuk aku n Appy.. So that, boleh ujur jalan dengan basikal lak.. Baru sihat.. Keluar peluh.. Ahaks..

So, kisahnya sekarang ni, aku nak cerita sikit je kat korang.. Aku tak sure malam ni jadi tak layan konsert Nidji kononnya tu..

Nah, printscreen sikit.. Cik, jangan marah asyik prontscreen mesej cik je.. Ahaks..




Dan sebenarnya, orang tu tak lain dan tak bukan *kenapa ayat dia mesti gini ea? Lepas 22 tahun dekat-dekat 23 tahun hidup, baru ni aku nak argue*, harus la Dr. Sweetheart.. Hiks..

Dr., saya rindu Dr.! Take care.. Papaiiii..

*ada orang skodeng blog aku dah berapa entry ni.. rindu ke?? Sampai tercari-cari.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.