Kursus Penulisan bawah dana Kerajaan di Kolej Komuniti Nibong Tebal


~Meliputi 32 jam di mana peserta disyaratkan hadir cukup jam untuk dapat sijil dari kolej komuniti.

~Harus siapkan 70 ms A4 untuk novel remaja dan 200 ms A4 untuk novel dewasa (kedua-duanya disyaratkan single line 12 pt) untuk disemak dan pruf sesuai dihantar pada penerbit.

~Penceramah akan memperuntukkan sebulan masa beliau selepas kursus untuk bantu penulis siapkan manuskrip.

~Boleh bawa manuskrip sedia ada bab 1-4 sahaja. Yang tiada manuskrip boleh bawa rangka, sinopsis, idea atau apa sahaja yang menggambarkan anda sudah bersedia untuk menulis. Penceramah mungkin mencadangkan perubahan pada manuskrip sedia ada anda.

~Bayaran RM10.  Penginapan tidak disediakan. Ada hotel terdekat di situ.


*Kursus ini adalah kursus praktikal untuk siapkan sesebuah novel


Hari 1
1.     pengenalan dan pendaftaran blog
2.     brainstorming untuk rangka bagi yang telah ada dan baru ada manuskrip
3.     kongsi idea tentang rangka anda
4.     rehat
5.     tulis bab 1
6.     kongsi idea tentang bab 1 anda-  apakah syarat bab 1 yang baik
1.     sesi pertanyaan-  menyusun jadual penulisan anda,  mengajar otak menumpu hanya ketika menulis sahaja dll.
Hari 2
1.     pengunaan kertas watak
2.     hidupkan watak-watak utama dan sampingan anda dalam kertas watak
3.     penggunaan plot antara bab
4.     cuba sambung bab 2 sambil menghidupkan kertas watak dan plot antara bab  anda (kertas watak dan plot sentiasa mengembang (‘hidup’) sama dengan pengembangan manuskrip anda)
5.     rehat
6.     siapkan bab 1 dan 2, (kepada yang sudah ada manuskrip sila siapkan kertas watak dan plot anda)
7.     sesi pertanyaan-  bagaimana membina watak yang nampak hidup seperti kisah sebenar,  ciri-ciri plot yang kemas, berkesan dan tidak berulang-ulang,  ilmu bantu dalam penulisan, menggambar suasana yang berkesan dll. 
Hari 3
1.     Graf konflik untuk plot dan subplot
2.     Memaksimumkan klimaks kepada konflik manuskrip anda
3.     Tengok contoh-contoh dari manuskrip saya dan latihan mengesan perjalanan konflik
4.     Bina plot anda sendiri dan kongsi semak antara peserta
5.     rehat
6.     tulis bab 3 (kepada yang sudah ada manuskrip sila siapkan bab seterusnya)
7.     sesi pertanyaan dan kongsi hasil anda setakat ini. 
Hari 4
1.     menulis sinopsis  berdasarkan plot antara bab.
2.     contoh-contoh sinopsis saya dan novelis lain
3.     tulis sinopsis dan kongsi
4.     rehat
5.     latihan penulis…  lagi!!!  (maaf ini kursus praktikal!)
6.     bagaimana menutup blog (blog privacy) anda dari orang luar/hanya untuk bacaan pembaca yang dijemput sahaja.
7.     sesi pertanyaan-  setakat mana sinopsis boleh berubah,  bila masa yang sesuai untuk tulis sinopsis,  sinopsis yang menepati kehendak penerbit,  jangkamasa antara tarikh penghantaran sinopsis kepada penerbit hingga tarikh siap manuskrip,  bagaimana berurusan dengan penerbit dll
8.     Penutup.








Jika berminat, sila hubungi Puan Nurol dia FACEBOOK beliau.http://www.facebook.com/notes/nurolshamshi-saidin/kursus-penulisan-bawah-dana-kerajaan-di-kolej-komuniti-nibong-tebal/185619498155989

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.