Buat tatapan SEMUA penggemar kek Secret Recipes (termasuk saya) sila baca posting ni!
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuanDeoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhddikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut
~menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
~mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );
~melakukan proses samak; dan
~mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
![]() |
| http://www.puratos.com/ |






