A tiring day 2...

Hyep!
Dah start new sem.. Semalam! Sangat mengujakan! Yeay! So this sem aku ambil semua subjek sem 5 tolak mathe sebab dah ambil sem lepas.. Kerana apa ambil sem 5 ye anak-anak? Kerana kita dengan jayanya telah meng'extend'kan diri dengan mengambil minimum jam kredit sebanyak 2 sem.. Kannnn.. Bijak laksana tidak terhingga.. 

Haa.. Tudia.. Maka dengan itu, secara rasminya, aku akan bertapa di bumi Merlimau ni sampai end of this year.. Dan sangat berharap supaya lepas ni dapat sambung area Melaka jugak.. Boleh kan?? Haha..  Tapi tak nak UTeM boleh? Tetttt.. Demand! Tak apalah kalau pergi jauh sikit pun kan.. Belajar hidup berdikari sikit.. Bukan tahu makan kari je.. Hiks..

So, temanya sekarang ni.. Eh salah.. Plannya sekarang ni, aku sedaya upaya nak catat diari sepanjang this year.. Why? Sebab this is my final year.. So, aku rasa, aku nak create satu cerita nanti.. Diari Tahun Akhir! Doakan aku!

Semalam punya cerita, aku save dalam Puan Yaya a.k.a Puan Y aku.. Well, cuma nak bagitahu la.. Segala gajet aku, aku beli sendiri, atau ada takde pun, aku pinjam duit Ibu untuk beli.. Takde nak harap orang lain bagi hokeyh! Biasalah kan.. Orang kadang-kadang berjanji tu memang sedap.. Bagi harapan itu ini.. At last? Hampeh!

This sem aku start dengan ketiadaan dia.. Dan aku harap, dia takkan ada lagi dalam hidup aku.. Aku harap la kan.. Sebab banyak sangat dah perit hati ni nak lupakan segala janji dia.. dan aku pun tak nak lah melukakan hati dia lagi.. Fair and square, right?

Kadang-kadang hidup ni tak boleh nak harap orang sentiasa ada dengan kita.. Kan? So, aku tak harap untuk dia terus ada dengan aku dah..  Bukan tak faham dunia kerjaya dia.. Aku faham.. Sekarang ni dia teramatlah sibuk dengan Parlimen yang dah mula bersidang sejak Isnin lepas.. Dan aku teramatlah faham.. Atau mungkin dia anggap aku dah tak faham dia? Sampai dia sendiri sanggup nak blocked aku dari semua contact dia?  So, secara kesimpulannya, aku anggaplah yang dia dah tak perlukan aku sebab dia dah pun bahagia dengan orang lain yang betul-betul sayang kat dia dan faham dia kan?? Buat apa dah aku nak fikir.. *Kadang-kadang terfikir gak*

Okey.. Tutup cerita dia.. Mari cerita tentang bulan.. Eh.. Salah lagi! Mari bercerita tentang hari semalam.. So, semalam first class yang aku masuk, kelas dengan Puan Isma.. Wallaweyh.. Dia sangat comel! Wink2.. *ups, tak leyh lebih-lebih, nanti orang cop aku lesbian*.. Tapi jujurlah weyh, memang dia sangat comel! Lembut je orangnya.. Dia ajar aku subjek Database System.. Haaa, tudia!

Kelas dengan Puan Isma sekejap je, untuk ambil attendace sahaja.. Pung pang pung pang, puan bagi kerja, pastu balik.. Hokeyh! Setengah jam je kelasnya.. Takpe la.. Balik je la kan.. Rindu kat Mr. Aakif.. Weeee..

Petang tu kelas dengan Puan Maria.. Nampak sempoi.. Tapi Cannot describe awal2 la kan.. Risau gak.. Tapi ada aku kesah? Selama ni boleh je survive, kenapa baru sekarang nak cuak kan? Pun kelas sekejap je.. Ala, biasalah, minggu pertama full with briefing.. Tak payah nak belajar sangat lah! :P

Next, kelas dengan En Faris.. Ni lagi best.. 5 minit je.. Itu pun sebab Encik datang lambat! Encik datang, minta nombor phone class reff, pastu balik.. Hokeyh Encik.. Saya suka sangat!

And today.. Awal pagi kelas dengan Puan Isma.. Teka berapa lama? Setengah jam je! Sebab apa? Sebab tak ramai yang buat kerja yang puan bagi semalam.. Well, aku budak baik hokeyh! Aku buat! Siap dengan kerja extra untuk hari ni punya aku dah cover..

Second class untuk harini subjek EC501, Embedded.. Haa.. Dengan Encik Fauzi kauuu.. Tak apalah siapa pun lecturer tu kan.. Janji aku fokus! Kelas Encik Fauzi habis jam 1.. Tapi tadi habis awal 10 minit.. So, dengan jayanya aku pecut balik rumah sebab nak jengah anak-anak tu ha kannn.. Sampai kat rumah tepat 12.55.. Okeyh, makan-makan-makan.. Sebab tengok budak-budak semua tidur.. Siap makan, borak kejap dengan akak, jam 1.30 *jam aku cepat 10 minit*, aku terus gerak pergi kelas untuk kelas BI.

Orait, BI.. Kena buat mini projek.. Siapa lagi yang akan jadi teammates aku kalau bukan Reen dan Yda kan.. Haha..Suppose 4 orang, jadi kami masih kosong seorang.. Ikut aku tak kisah je nak ambil siapa pun, tak buat kerja, rembat la.. Stail aku, aku tolong kau, kau tolong aku! Tak susah kan?

Pastu balik.. Waaaa.. Agak penat la.. Balik tu terus membongkang dengan budak-budak.. Lama tak berjalan jauh, start this sem jalan jauh pulak.. Hiks.. ;)

Okey la.. Penat dah menaip.. Haha.. Simpan tenaga untuk taip kat phone pulak.. Tataaaa~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.