A day to remember..

Hari ni dah 6 Julai kan? So, semalam 5 Julai.. Officially, aku dengan dia putus segala hubungan.. Kenapa? Jangan tanya.. Sebab orang akan kata, "It's all your fault, Cha".. Jadi, sebelum orang lain pointing the fingers pada aku, biar aku sendiri yang kata semua ni salah aku.. Walaupun aku sendiri tak tajhu kat mana silap aku..

Well, a day before, aku mesej dia, asking for my phone.. iPhone aku yang dia kata nak tolong hantar repair few months ago.. Okey, memang silap aku sebab hantar juga.. Kenapa aku kata silap? Sebab sepatutnya aku tahu yang aku takkan dapat semula handphone tu dalam masa yang terdekat.. Bila my mum keep asking me about the phone, aku jadi stress.. Mana tak stress.. Bukan sekali dua aku minta pos kan.. Aku pun pelik gak, sebelum ni segalanya mudah.. Kenapa bila sampai tang aku, benda jadi susah?

Bila dah banyak kali aku minta dia pos, dan dia kata pos sana tak mahu terima, dia pula yang dok hangin..  Dan, nak dijadikan cerita, whatsapp aku diblock.. Bila aku tanya dia, dia kata "Terima kasihlah sebab tuduh dia yang bukan-bukan..".. Dey macha, kalau bukan kamu, siapa?  Mungkin maxis kut.. Dia tahu kamu hangin dengan saya.. Nak kata line saya tak okey, kenapa dengan kamu je? Dengan orang lain elok molek je.. Tak ada sebarang masalah pun.. Laju je send-reply mesej.. Haa, amacam tu?

4th July, aku mesej dia sekali lagi, tanya pasal phone tu.. Dia tanya aku, "Kenapa tak whatsapp je?".. Hurm, kalau dah diblock *mungkin automatik koooot* macam mana nak whatsapp kan? Sebenarnya, aku tak pelik pun kalau dia tergamak buat macam tu.. Facebook dia boleh buat, YM dia boleh remove aku, inikan pula whatsapp kan? Benda paling simple..

Jujurlah, after few times benda ni jadi kat aku, aku dah tak kisah dah dia nak macam mana pun.. Buatlah ikut suka dia.. Dia senang macam tu kan? Terpulang.. Live your own life, dear!  Kamu pun dah happy sekarang.. Bukan sekarang je.. Dari dulu lagi.. Plus, dah ada orang lain yang boleh jaga kamu.. Lebih baik dari apa yang saya buat..

Untuk kesekian kalinya, semalam aku luahkan dia yang aku tak setuju dengan cara dia layan aku.. Macam sampah!  Bila susah, nak cerita masalah, cari aku.. Dah settle segala, bila bahagia, kenapa tak cari? Kenapa tak share? Macam tu ke sahabat? Kalau itulah sahabat pada kamu, maaf, kamu boleh buat perangai tu dengan orang lain, bukan dengan saya.. Hati saya bukan barang mainan.. Plus, saya bukan yang terbaik untuk jadi sahabat kamu, pun kamu bukan yang terbaik untuk jadi sahabat saya.. Maaf, I have to luahkan semua ni.. Saya dah tak larat nak pendam..

2 tahun.. Saya simpan segala rasa.. Kamu kata apa? 2 tahun mengumpul dosa? Tak, kamu tak pernah berdosa dengan saya.. Saya tak pernah simpan dendam dengan kamu.. Sekali kamu buat, saya terus lupakan.. Tapi bila kerap kali berulang.. Saya jadi tak faham.. Kenapa ya? Saya ni apa je sebenarnya?

About your promises, kamu yang janji itu dan ini.. Kamu yang mungkiri.. Takpe.. Saya halalkan.. Munafik tak munafik kamu, itu nilaian Allah untuk kamu.. Saya tak ada hak nak menilai.. Semuanya terserah pada kamu.. Saya tak pernah kisah pun.. Cuma suka nak ingatkan, yang kamu tu terlalu banyak berjanji, dan hampir semua kamu mungkiri.. :)

Mungkin dalam banyak perkara, saya juga yang bersalah.. Saya terlalu sensitif.. Terlalu manja, terlalu kuat cemburu.. Mungkin juga macam yang pernah kamu kata dulu, kamu tak pandai baca sensitif orang.. Tak apa.. Bukan kamu kan nak singkap kisah lama? Saya pun dah tak mampu nak singkap dah..

Kalau kamu pernah kata, kamu bukan kamu yang saya kenal awal dulu.. SAme goes to me.. Saya bukan Nurul Syafiqah Abdullah yang kamu kenal 2 tahun dulu.. Saya dah back pada diri saya yang lama.. Yang kamu tak pernah kenal.. Maaflah kalau bahasa saya kurang bersopan dengan kamu, everything is out of control.. Tahu-tahu segalanya dah terluah dan dah tersampai kat kamu dah.. Haa, sikit lebih kurang, itulah saya yang dulu..

So, semalam, sekali lagi, tarikhnya 5 Julai 2013, genap 2 tahun 8 bulan saya berkawan dengan kamu.. Terlalu banyak perkara yang saya ubah supaya kamu comfort berkawan dengan saya.. Tapi nyata, segalanya sia-sia.. Mungkin semua tu saya boleh gunapakai untuk berkawan dengan orang yang senang dengan saya..

Jujur, bukan senang nak buang orang yang saya dah sayang sepenuh hati saya.. Kamu sakit kat sana, saya menangis kat sini.. Kamu susah kat sana, saya susah hati kat sini.. Kamu penat kat sana, saya kat sini mohon doa pada Allah supaya kamu diberikan kekuatan.. Bukan mengungkit, tapi saya rasa kamu patut tahu.. Supaya kamu nampak macam mana sayangnya saya pada kamu..

Mohon kamu jaga diri di sana.. Makan minum, solat, akhlak, semua sekali dijaga.. Saya harap kamu bahagia dengan keputusan yang kita capai bersama.. :) Assalamualaikum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.