Hey Friday, I'm in love!

Today is Friday.. Yeah Friday.. A very beautiful Friday!
Semalam ada kelas PLC.. Well, PLC is my favourite subject, with my favourite lecturer.. Sukehhati la asyik nak cerita pasal PLC je pun.. Kan?
So, semalam kelas PLC macam biasa.. Aku memang datang awal.. Cukup sekali dulu kena lock kat luar sebab datang lambat.. Memang terus spoil mood aku.. Semalam, 10.45 pagi lagi Cik Pensyarah a.k.a Cik Sweetheart dah buka pintu.. Kesian agaknya kat kami tersadai kat luar tu.. Tapi kami tak masuk lagi.. Masuk pun buat apa.. Bukannya ada air-cond.. 

Menurut kata Cik tadi, satu PMM tak ada air-cond.. Sebabnya transformer terbakar.. Mungkin rentetan daripada peristiwa 3 Jabatan tak ada karen few weeks ago tu kut.. Tak sebenarnya fakta aku salah.. Bila transformer terbakar tu yang takde karen dan sampai sekarang takde air-cond. Gituuu..

So, masa menunggu Cik dalam kelas semalam.. Dengan kepanasan dan kebahangan yang sangat dirasai tu, aku dok lepak dulu kat luar.. Lagipun, classmate ramai lagi yang belum sampai.. Jadinya, aku malaslah berpanasan kat dalam lab yang penuh kenangan tu.. 

Bila Cik masuk, kami dah dok terkipas-kipas.. Panas gila!  Aku baru je nak duduk, Cik kata, 
"SYA, cuba awak tengok kelas sebelah ada orang tak?  Kalau tak ada kita pergi sebelah je."

Okey, HIGHLIGHTED! She called me SYA for the first time secara face to face.. Kalau tak selalunya dalam SMS atau call je dia panggil dengan nama tu.. Aku pun dengan blur-blur sebab nama tu dipanggil, terpaku.. Tetiba Wahidah yang jawab,

"Tak ada orang, Cik.  Saya dah tengok dah."

Then Cik kata, 
"Okeylah.  Kita move sebelah je. Dapatlah sikit berkipas."

Dan aku pun dah dapat rentak, dengan mood yang sangat happy sebab dapat novel free tu, aku pun menggonjak Cik.. Sakanlah dia gelak.. Serious, COMEL!

Dah masuk kelas, sebagai wakil kelas yang berkaliber.. *ceh!*, aku pun setting projector.. Sepanjang-panjang tu, mulut bising je nak menyakat orang..

During class, aku serious.. Dah masuk bab akhir ni, Cik kata full with theory.. Jadi, tak boleh main-main.. Haa.. Sebelum kelas tu, Cik cerita pasal markah PB.. Cik kata, kuiz 1, dua orang lulus.. Aku pelik.. Hari tu kata 4.. Tiba-tiba jadi dua.. Aku dah mula risau.. Nama aku disingkirkan kah??

Kuiz 2 ada 4 orang lulus.. Dan aku? BARAI! Erkkkk.. Kuiz 3?? Cik kata, okeylah.. Sebab buat ladder diagram, kalau faham, senang je la pun.. Aku punya markah, 100%... Aku sendiri terkejut, tapi bersyukurlah kan.. Sebab sebenarnya aku target lulus je pun.. Dalam 70% - 75% je.. Sebab teka silangkata tu, ada benda yang aku tak confident jawab.. Tu yang bila tengok markah gitu, aku sangat terkejut!

Then, bermulalah sesi PnP.. Sikit je pun yang Cik ajar hari tu.. Sebab confirm akan mengantuk kalau ajar banyak-banyak..

At the end of class, aku tolong Cik kemas projector dan laptop, serta barang-barang aku sendiri.. Hiks.. Budak lain as usual, dah cabut awal.. Tak kisah je pun, memang selalu gitu.. Masa tu, datanglah seorang budak yang menyakitkan hatiku ini.. Maka, tercetuslah pertengkaran between aku dengan si Ayon ni.. Kan kan kan.. Depan Cik pulak tu! Rasa macam derhaka, tapi maaf ye Cik, saya tahu dan faham yang Cik pun sakit hati dengan set-set Ayon yang bertingkat-tingkat ni.. Kira spesis mangkuk la kan?

Gini kisahnya..

Saya: Mana jawapan tutorial korang? *time ni nada baik lagi*
Ayon: Ada ni. *hulur kertas kat saya. DUA HELAI!*
Saya: Kenapa tak bagi kat diorang tadi?
Ayon: Belum photostat.
Saya: Kenapa tak photostat? Kan aku dah cakap, photostat, bagi kat diorang hari ni.
Ayon: Oh. Nantilah photostat.  Nanti bagi.
Saya: Bila nak bagi?
Ayon: Isnin.
Saya: Isnin dah test.
Ayon: *diam dan blah*

Then saya toleh kat Cik.  Sebenarnya rasa bersalah sebab bertekak walaupun tak la hi volume sangat.. Tapi macam tak elok kan.. Sorry Cik.. *saya harap Cik baca*
Time tu Cik dah geleng kepala..

Cik: Dah la Sya.  Awak photostat je mana yang ada dulu. Bagi kat kawan lain.
Saya: Yang lain dah dapat dah, Cik. Diorang je la.
Cik: Biar je dia.  Saya dah malas dah nak melayan.
Saya: Jawapan untuk soalan diorang tak ada, Cik.
Cik: Diorang buat soalan nombor berapa ea?
Saya: 7 dengan 11.. (actually 5 dan 11) *hulur kertas soalan kat Cik*
Cik: Saya tak ada jawapan untuk ni.
Saya: Tak apalah. Saya cuba buat dulu, esok saya datang jumpa Cik.


Rentetan dari tu, pagi tadi, dengan jayanya aku pun pergilah menghadap Cik..  Datang-datang pintu dah terbuka.. Kesian kat Cik dok dalam bilik panas ye.. Kalau saya ada duit, saya belikan Cik kipas sebijik.. Lama kut nak tunggu air-cond baik balik..

Maka, bermulalah perbincangan kami.. Dan.. Tadaaa.. Memang suka hati aku je nak design ladder diagram tu macam mana kan? Banyak gila salah! Penat Cik ajor, ko buat banyak salah, Cha? Teruk kau ni! Ngee~.. Well, aku pegang kata-kata Cik.. "Masa belajar, tak apa salah.  Kalau tak salah, kita tak belajar."

So, memang sangat-sangat-sangat banyak salah.. Agagagaga.. Then Cik pun betulkan.. Dan ajar teknik yang mudah untuk design ladder diagram ni.. Zup zap zup zap.. Settle bincang.. Then aku bagi jawapan yang dah sedia ada kat aku tu pada Cik.. Bagi senang sikit kerja Cik.. Tak payah dah nak buat skema.. Ahaks..

During kelas Embedded, dak Reen ada cerita masalah dia kat aku dan mengheret aku untuk pertemuan kali kedua dengan Cik.. Uweeeeee.. Suka! Suka! Suka!

Sangat happening! Ada je benda nak disakat.. Dari cerita pasal markah PB untuk subjek PLC.. Mengheretlah ke cerita subjek Projek.. Cik kan supervisor aku..

Sebelum nak start bincnag tu, Suhaimi dan Syazmeer datang kat bilik Cik.. Bagi salam, pastu bukan nak jumpa Cik pun! Sesaje kacau.. Hampeh!

Cik: Apa datang tangan kosong? Lain kali bawa la nasi campur ke, KFC ke..*banyak la jenis menu yang disebut*, Secret Recipe ke..
Aku: Gulp! *Dalam hati kata, hai Cik, nak lagi ke?*
Cik: Cool blog ke kan?
Aku: Tah nya. Tengok aku, bawak air sebotol ni ha. *tunjuk tumbler*

Diorang pakat gelak, pastu blah je.. Overall, moment hari ni sangat indah hingga tak mampu nak luah.. Wallaweyh.. Sebenarnya boleh je nak luah.. Tapi sat lagi korang yang baca ni kang tersengguk-sengguk depan PC sebab cerita panjang sangat..

Okey la.. Mata gua pun sudah sepet dan semakin sepet, maka, gua nak titon! Adios!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.