Semalam nan INDAH! :P

Semalam, dengan hati yang senang dan lapang, aku melangkah kaki pergi sekolah.. As usual lah kan, pagi Isnin memang kena pergi awal sebab kelas Projek.. Dok kat lab En. Mail, memang tak boleh lambat.  Tengah bersungguh melangkah, terserempak dengan Puan Norzilah.. 

Puan Norzilah: Hari ni jumpa penyelia masing-masing je kan?

Aku: La ye ke? Tak tahu pula saya.
Puan Norzilah: Aah. Hari ni jumpa penyelia masing-masing je.
Aku: Okey, Puan.
Puan Norzilah: Nanti cakap dengan budak saya, jumpa saya kat Aras 2 ea.
Aku: Orait, Puan.
Puan Norzilah: Puan Asiah tak ada hari ni.  Dia outstation.  Puan Hanim pergi jumpa kat bilik dia. *okey, PUAN HANIM! :P Tak lama lagi lah tu.. :D*
Aku: Okey, okey.  Nanti saya sampaikan pada yang lain.
Maka, aku pun sampai kat depan lab En. Mail dengan penuh gaya kepenatan dan melihat bahawasanya tak ramai orang lagi.. Terus aku menyampaikan pada mereka akan pesan-pesan dari Puan Norzilah.  Few minutes lepas tu, Cik Supervisor datang dengan penuh gaya,, Tetttt.. Dan beliau juga menyampaikan pesan yang sama.. Erkkk.. Cik copy cat ayat saya ea? :P  Lepas ambil attendance, Cik Spuervisor ajak students bawah penyeliaan dia pergi ke lab dia.. Sempat dia toleh belakang,

Cik Supervisor: Awak bukan bawah saya. *tunjuk kat aku.*


Aku pun dengan blur-blur tak puas hati, aku teriak,


Aku: Apa, Cik?  Saya bukan bawah Cik?

Cik Supervisor: Eh, awak bawah saya.
Aku: Kalau kata bukan bawah cik tadi, saya nak balik je.

Pepagi lagi dah cari jalan nak gaduh kan? Memang seronok lah!  Jumpa sekejap je pun dengan penyelia.  Pastu, aku jumpa Cik sebagai lecturer PLC pulak.. Haa, tudiaaaa.. Aku minta Jannah balik dulu.. Dan Cik Supervisor minta aku menyampaikan pesan pada kawan-kawan kelas PLC pula


Cik Supervisor  Sya, nanti waktu lab test minta 5 orang datang jumpa saya. Saya nak minta tolong angkat trainer.

Saya: Okey.
Cik Supervisor: Nak kena ambil kat Lab M-3-CHL, bawa turun bawah.
Saya: Uish, kuruslah saya nanti, Cik.
Cik Supervisor: Takpe la. Kan bagus.
Saya: Mana boleh, Cik. Dah cukup kurus dah ni.
Cik 
Supervisor: Belum lagi. Bagi kurus lagi sikit. Haa.
Saya: Mana boleh, Cik.
Cik 
Supervisor: Boleh. Kurus tu kan elok untuk stamina. Barulah segar sikit.

Saya: Tak boleh. Tak elok. Nanti lemah je. Kurus sangat.
Cik 
Supervisor: Takde, takde. Ajak yang lelaki-lelaki tu datang, angkat.
Saya: Saya tak payah angkat la kan?
Cik 
Supervisor  Mana boleh. Kena angkat juga. Jangan nak mengada. Benda tu ada 5. Kang siapa pula nak angkat?
Saya: Cik la angkat satu.
Cik 
Supervisor: Eh, saya tak boleh. Saya angkat barang saya la.

Saya: Kena belanja makan la kalau macam tu.
Cik 
Supervisor: Ish, kalau tolong ikhlas, lagi besar pahala tau.
Saya: Cik dah bagi saya kurus, nak bagi gemuk balik ni.
Cik 
Supervisor: Tak payah! Biar je kurus.


Lepas tu aku pergi belajar PLC dengan Cik kejap.  Ada few soalan yang tak dapat dijawab dan malas nak jawab.. Jadi, bagi Cik jawabkan.. Agagagaga..  Lepas settle semua, aku tanya pulak pasal final report Project.


Aku: Cik, Final Report nak kena hantar bila?

Cik Supervisor: Report apa?
Aku: Project.
Cik Supervisor:  A week before final.
Aku: Kan cuti? *tapi slow gila, dengan harapan dia tak dengar*
Cik Supervisor: Siapa kata cuti?  Awak mana ada study week.
Aku: Tapi saya nak balik kampung.
Cik Supervisor: Ha, hantar awal la kalau macam tu.
Aku: Petang ni saya nak balik kampung dah.  Kampung saya dah la jauh.
Cik Supervisor: Hantar sebelum petang ni la kalau macam tu.

Lepas tu aku pun keluar dari office Cik.  Dok melangap kat Lobi JKE sementara tunggu pukul 11. Time tu baru pukul 8 lebih kut! Malas gila nak balik rumah.  Dok kat lobi, main handphone.. Belek nota sesikit.. Tu pun sebab bagi gambar kat orang.  Kalau tak, takde maknanya aku nak belek.. Nak buat ladder diagram rasanya cukup kita faham case study je.. Tak perlu hafal pun.. Sebab situasi berbeza kan..  10.50 tu Cik mesej.. Tanya mana budak-budak kelas PLC.. Aku ajak la diorang naik sekali sebab time tu diorang ada dah dengan aku kat lobi.


Lepas ambil trainer, kami terus pergi lab PLC untuk buat practical test..


Alhamdulillah.. Dapat soalan yang aku present masa tutorial..  Jadi, mudah la nak jawab.. Dapat je kertas, terus conteng buat ladder diagram.. Tengah melukis, Cik datang jengah..

Aku: Cik! Rezeki, Cik. Dapat soalan ni.
Cik: Haa, rezeki terpijak kan?

Aku dengan partner sengih je.. Masa nak keluar tu,


Aku: Cik, saya nak buku log. Petang

Cik Supervisor: Esoklah.  Esok nak jumpa, kan?
Aku: Cik cop 5 kali tau.
Cik Supervisor: Tengoklah kalau saya rajin. *muka jahat giler! hohoho*
Aku: Ala, baru nak belanja KFC petang ni.
Cik Supervisor: KFC tak buka lagi.
Aku: Eh, saya nak pergi Melaka.

Cik Supervisor terus terdiam.. Yeay! I win!


Petang tu aku pergi Melaka.. Nak survey barang untuk Projek.. Singgah kat KFC sebab nak redeem ayam Hot Ticket tu.. Beli sekali satu set untuk Cik Supervisor kesayangan tu ha, kan.. Satu set lagi untuk Adik dan Along.. Beli 2 set je.. Tapi sebab dapat redeem 4 ketul ayam.. So, sangat banyak... Bagi kat Jan dua ketul.. Mujur tak bawak balik, kalau tak membazir je.. Kami 3 beradik makan 4 ketul tu pun bertolak-tolak.. Kenyang!


Sementara tunggu order, aku mesej Cik.


Aku:  Cik, ada orang nak delivery kepsi jap lagi.  Tapi dia kat Melaka lagi.  Cik ada kat umah tak?

Dia: Ya Allah...Sape org tu...ckp dgn die x yah ssh2...
Aku: Tak tahu la cik.  Dia tanya saya cik ada kat rumah tak?
Dia: Sy ada di rumah. tp ckp dgn die xyah sshkn dr....
Aku: Dia kata susah pun.  Dia kata dalam pukul 6.15 ke 6.45 dia sampai la ea.  Dia nak hantar partner projek dia balik dulu.
Dia: Hmm yela... time ksh...
Aku: Sory la lewat ea.
Dia: :-) its ok

Aku: Cik, orang tu kat depan umah cik dah.


Few minutes lepas tu Cik pun keluar.. Maka kami berboraklah di depan rumah Cik.. 


Tengah borak-borak dengan Cik depan rumah sewanya, jiran sebelah tegur..

Jiran: Wah, Hanim dapat KFC la!
Cik: Tu la, kak. Budak ni rajin sangat nak hantar.
Jiran: Orang sayang, Nim. Bukan senang nak dapat.
Saya: Tu la, kak. Kang tak makan kang, tak sihat pula dia kan?
Jiran: *gelak*
Cik: Nak suruh saya sihat bukan bagi makan ni!
Saya: Sihat la tu. Banyak lemak!
Jiran: *gelak terkekeh-kekeh*
Cik: Ooo, macam tu ye? Nanti KFC da buka, saya amalkan petua tu. Hari-hari saya makan KFC je.


Errkk, kak, saya setuju dengan statement akak.. Sebab sayang la kan rajin hantar makan.. *padahal baru dua kali, itu pun dah kena warning*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.