Last week sangat sibuk.. Sibuk apa? Sibuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebagai pelajar sem 5 di PMM la.. Eh.. Kompius.. Sem 6! Nak rasa muda satu sem pulak kan..
Dah hujung-hujung sem ni, as usual, assessment sangat la banyak untuk dilunaskan.. Test itu dan ini.. Kuiz this and that.. Lab lagi.. Report.. Mini Projek.. Projek mega semua aku sapu! Hiks.. Nak kena buat macam-macam.. Mujur masih sempat bernafas.. Dan, dalam kesibukan tu, jangan risau sangat la, rehat aku tetap cukup.. Makan aku tetap berjaga.. Mana tak nya.. Semangat nak pergi kelas! Kena la sihat kan? Kan ke sehari tak dapat jumpa, tengok kereta pun jadi ler.. Kan? *Okey, Cha gedik!*
Sibuk-sibuk tu, aku tidur tetap awal.. Pukul 12 dah masuk.. Memang la ikutkan, tu lewat untuk body-clock aku.. Tapi, as a student, itu awal, hokeyh! Makan, hari-hari pun aku makan roti.. Sihat juga la kan? Siap bawa bekal gitu.. Bak kata Ibu, biar orang nak kata aku budak sekolah pun.. Yang penting, makan minum aku berjaga.. Bukan diorang yang tanggung kalau aku sakit pun.. Ibu Abah, Along gak yang susah hati nanti..
Dalam sibuk-sibuk dengan assessment tu juga, aku terpaksa attend Malam Pra-Graduan JKE, PMM.. Syok woooo! Time tu je la aku dapat borak dengan classmates aku.. Weeee..
Sebenarnya, macam biasalah, aku kan jenis tak ambil tahu segala hal kan... So, aku tak tahu la event ni cemane gayanya.. Siapa je yang attend, siapa je yang uruskan.. Seriously aku tak amek tahu.. Mula-mula aku ingat, semua pensyarah JKE akan terlibat.. Dan aku pun cuba membayangkan betapa ramainya orang yang join nanti.. Rupanya, dah hujung-hujung nak majlis tu, aku dapat tahu yang tak semua pensyarah akan terlibat.. Dan aku mula lah resah gelisah.. Dia join tak ea??
So, dengan hati yang pasrah dan berserah, aku pun pergi je la kan.. Memang tak tahu benda ni.. On the day, tiba-tiba dak Reen mesej aku, minta tolong angkat barang.. Makna mudah, aku akan pergi awal dengan mereka-mereka yang bergelar urusetia.. Dan bahasa mudah lagi, aku akan menyeronokkan diri dengan bermain dengan lensa DSLR pinjam itu.. Wallaweyh..
Sampai kat sana, tengah kemas-kemas sesiapkan barang, tiba-tiba, aku dapat berita yang dia join! Wachaaaaaa.. Kembang hati den! Wink Wink Wink! Cha gedik lagi!
Okey.. Maka, event pun bermula selepas Isya' walaupun kami belum solat Isya' lagi time tu.. Seriously seronok! Time tu la nak mesra-mesra dengan pensyarah.. Dan, yeah, kami bermesra malam tu.. Meja budak kelas kami betul-betul bersebelahan dengan meja pensyarah.. Sebenarnya, budak kelas aku tak la ramah mana.. Maklumlah, budak komputer.. Memang kurang sikit bercakap.. Tapi, ada la beberapa kerat yang mulut meriah, termasuk dak Cha la kan, rajin je nak menegur pensyarah-pensyarah ni.. Dak Reen, Dak Yda pun rajin gak nak tegur.. Kadang-kadang kang, bukan kami yang tegur pensyarah, pensyarah yang tegur kami.. Hiks..
Sepanjang event, Dak Reen dengan Yda memang busy.. Diorang AJK Hadiah.. So, aku pun membawa diri dengan DiSeLaR pinjam tu.. Snap gambar budak-budak kelas.. Best!
Habis event dah dekat pukul 12.. Tadaaaaa.. Dah ler siang tu tak nyempat-nyempat nak rehat.. Balik tu, memang aku ler drive kan.. Dah kereta aku.. Kitorang pergi bertiga.. Balik berlima.. Angkut Dak Ezy dengan Zameer sekali.. Masa makan pun kami dok semeja.. Aku sampai kat rumah, lepas hantar diorang, dalam pukul 12.45 malam.. SHARP! Terus solat, then membongkang tak hengat dunia..
Esok pagi tu.. Celik je mata.. Tadaaaaa.. Demam! Weeee.. Dan sebenarnya Khamis tu VB ada test dan kuiz.. PLC ada kuiz.. OS pun ada test dan kuiz.. CUN! Dikedemamaman itu, aku hadap segala benda dengan penuh jaya! Otak ni cuba nak lawan, jangan demam! Jangan demam! Jangan demam! Tapi tak boleh.. Lembik gak! Masa jawab VB, 2-3 kali aku ke toilet.. Selsema macam hape dah dok bawah kipas.. Masuk kelas PLC, dah melepek je atas meja.. Tapi cuba gak kuatkan diri.. Aircond sejuk gila kut!
Lepas balik tu, tiba-tiba dapat mesej kat WeChat DTK5, depa kata kelas OS buat kul 2.30.. Waaaaaa.. Bila nak rehat?? Tapi takpe.. Gagahkan juga.. Aku sampai kelas lewat sikit.. Orang dah start buat test.. Aku pun buat la lelaju.. Alhamdulillah dapat selesaikan.. Kecuali ada few question tu, a bit confused dengan jawapan sendiri.. Hahaha.. Habis test, aku terus balik.. Dan membongkang.. Mujur time tu tak boleh solat.. Seronoklah aku tidur..
Malam tu Bangde datang, dia nak balik Kelantan.. Haiyakkkk.. Dengan tak sihat tu, aku keluar juga dari bilik.. Tapi tidur kat hall.. Wink wink wink...Diorang tahu la aku demam.. Bangde gerak balik Kelantan pukul 2 lebih.. Pagi! Lepas dia gerak tu, aku masuk balik ke bilik.. Tidur lagi.. Tidur, tidur dan terus tidur! Elok pulak Jumaat tu cuti.. Heaven gila mimpi indah aku! Agagagaga..
Dan sekarang, dah mood Final sebenarnya ni.. At the same time, dok siapkan mana-mana kerja yang tak siap lagi.. Untuk submit.. Aku punya tak ada masalah.. Alhamdulillah.. Selesai segala..
Minggu Study Week ni memang tak ke poli la kan.. Tapi semalam aku pergi.. Sebab nak hantar slide presentation pada Cik.. Waaaa.. Rindu gila kat dia.. Masa sampai tu, nampak sangat muka penat dia buat kerja.. Kesian pensyarah-pensyarah saya.. Meja dah penuh dengan kertas-kertas assessment students.. Atas rak lagi.. Atas lantai pun bersusun! Susahkan jadi pensyarah ni? Cik, sebab tu hari tu saya cakap kat Cik, saya nak jadi suri rumah.. :P Saya tak sehebat Cik dan pensyarah-pensyarah lain.. :)
Isnin ni aku dah start final.. First paper aku OS.. Haram tak baca lagi ni.. Eh, BOHONG! Baru baca bab 1, Bab 5, Bab 6.. Bab 2,3,4 belum lagi.. Acane?? Acane ape lagi.. Baca la! :P
Dah2.. Aku nak siapkan kerja ni ha.. Adios!
*Sebelum tu, nak share gambar sikit kat korang.. ;) Gambar2 masa MPG aritu.. :)
 |
| Kami dengan Encik Jamhari Ismail.. MASTER Supervisor kami.. Segala benda berkaitan projek, kami refer pada beliau walaupun masing-masing dah ada supervisor.. |
 |
| Puan Nin Hayati yang sangat Happy-go-lucky! Tak pernah sekali pun marah-marah dalam kelas.. Sweet sangat! |
 |
| Dengan Puan Nabilah pula.. Sekali dengan Puan Nin lagi.. Puan Nabilah ajar kami masa sem 2.. Subjek ET201 kut.. Saya tak ingat kod subjek, tapi isi subjek tu saya ingat.. |
 |
| Kami dengan PA yang jaga kami selama 6 semester di PMM ni.. Puan Syakirah. |
 |
| OUR BIG FAMILY! 1Malaysia.. Tapi sayang, Chinesse boys dah balik.. |
 |
| Aku dengan Cik Supervisor.. |
 |
| 5 + 1 = DTK's Girl |
 |
| Mahkota Ballroom |
 |
| Orang meja sebelah.. Depa datang lewat sikit.. |
 |
| Signboard |
 |
| Testing-testing.. |
 |
| Air tu nampak sedap kan? Tapi Dak Reen kata, TAWAU! |
 |
| Mereka yang LELAKI |
 |
| Keith Nadzrain |
 |
| Sedap? |
 |
| Dessert |
 |
| Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum.. Dia p sampai International punya.. FIRA |
 |
| Video kelas kami.. |
 |
| Dapat cabutan BERTUAH sangat! -_- |
 |
| Kami JUARA Persembahan kelas! Weeee |
 |
| Reen sapu habis! Cabutan bertuah, kerusi bertuah.. Memang sangat ber'luck' la kawan saya ni kan.. |
 |
| Mereka.. |
 |
| Kau buat Koir ke apa G? |
 |
| Mereka lagi.. |
 |
| Okey.. Ni tambahan sikit.. :) |