Busy? Happy? Serabut? All in ONE!

This week started with a day of worries! Why? Actually on Monday haritu, aku as usual la, happy happy pergi kelas.. Dah sampai kat JKE, terserempak dengan Puan Norzilah, and she told me yang kelas projek hari tu kena jumpa supervisor masing-masing je.. Aku rasa aku dah cerita kut kat sini.. Kalau belum pun, aku tak rasa nak bercerita pun.. Agagaga.. Tapi nak highlight la apa punca aku jadi muram suram stress sepanjang this week..

Masa perjumpaan denan supervisor, Cik minta ceritakan progress projek.. Since semua tak dapat cerita dengan baik, Cik re-arrange meeting kami on Tuesday after 5..

That Tuesday, after habis kelas VB yang bermasalah, aku pun pergi meeting dengan supervisor dan budak2 group kami.. yang lain semua ada, except my partner.. Hokeyh! Aku kan memang forever alone.. Tapi takpe.. Allah ada.. Sentiasa ada membantu aku yang lemah ni..

Sebelum tu.. Monday tu, aku pergi Melaka untuk survey barang projek.. On the way balik tu, aku singgah KFc untuk redeem hot tickets aku.. Dapat ler 4 ketul ayam.. sangat cukup untuk kami 3 beradik.. Tapi aku tambah, beli 2 set Snack Plate.. Satu set aku bagi kat Cik.. Satu set lagi aku bawak balik rumah.. Sebab teringin sangat nak makan kentang tu je.. Ape nama dia ea? 2 ketul ayam yang redeem tu, aku bagi kat partner..

So, masa perjumpaan Tuesday tu, aku alone kan.. Group lain dah settle urusan depa.. Aku minta Cik settlekan diorang dulu.. Masa turn group kedua, tah apa mistake diorang buat, tetiba volume Cik naik sikit.. Time tu aku dah gelabah beruk mak nyeh dah.. Tak tentu hala aku dibuatnya.. Dalam hati ni dah bertimpa-timpa doa aku baca.. Tak sempat habis baca satu, dah baca satu lagi..

Sampai turn aku, Cik datang.. tanya progress.. Cik nak tengok litar.. Ada dah contoh litar.. Tapi aku tak boleh nak explain how it work.. Dan aku tak tahu pun what kind of ICs use in that litar.. So, aku pun lebih banyak diam daripada bagi jawapan yang menyakitkan hati Cik.. Paling tak boleh lupa, Cik tanya aku.. Ic MAX-232 tu untuk apa? IC 24C04 tu untuk apa? Aku dah terkebil-kebil.. Encik Fauzi ada kata, IC 24C04 tu memory.. Tapi what kind of memory, tak de pula dia cerita.. Cik pulak kata, kalau tak pakai memory tu pun , sebenarnya IC yang aku guna sebagai main tu pun dah ada memory sendiri..

Tiba-tiba aku perasan Cik belek telefon.. Ingatkan nak buat ape.. Rupanya Cik googlekan funtion IC-IC tu.. Waaa.. Sangat baiklah Cik.. Saya sangat terharu.. Sungguh! Then Cik kata, cari source code, dan cari description untuk litar tu.. Aku iye kan aje.. Dalam hati ni sangat frust sebab tak mampu nak bagi yang terbaik untuk Cik..

Well, Cik, actually saya tersangat sibuk uruskan report.. Before this saya prepare untuk presentation.. Saya sediakan slide *I'm willing to do it sendiri*.. Saya yang buat literature review.. Saya yang buat methodology.. Saya yang buat introduction.. Initial proposal dulu pun saya yang buat.. Saya juga yang buat sikit-sikit research pasal software dan hardware yang kami nak guna.. Because, saya expect yang partner will do it for us.. Tapi sangkaan saya meleset langsung!

Balik dari meeting tu.. Dengan perasaan sebak yang aku tahan sejak dalam kelas, aku melangkah pergi ke kereta.. On the way tu, terserempak dengan Puan Syakirah.. PA aku.. Dia tanya pula aku pasal progress persediaan persembahan untuk MPG nanti.. Then aku kata tak tahu.. Dia pun weird bila aku bagi jawapan macam tu.. Dia tanya aku kenapa tak tahu.. Aku kata, "Nak buat macam mana, puan.  Kalau tanya nanti, gaduh macam haritu.." Yeah.. Baru ni aku gaduh dengan classmate aku sebab persembahan tu la.. Mungkin sebab semua dah stress, cakap sikit pun jadi isu..

Sampai kat rumah, tak payah nak suruh, airmata ni meleleh sendiri.. Tak tertanggung dah.. Menangis sungguh-sungguh! Tertekan sangat.. Mana tak nya.. Tak sakit hati ke bila last minutes, partner mesej aku, "Cha, sebenarnya aku tak faham projek kita.".. What? Hey, tu idea kau! Kau tak study ke? Tapi that time aku try to be cool.. Tak nak hangatkan keadaan.. Aku minta dia study semula proposal kami.. Semua aku dah siapkan, aku dah bagi pun kat dia..

Lagi sakit hati bila, Sabtu sebelum aku lalui minggu yang sukar ni.. Senang cerita Sabtu last week la.. Time aku nak ber'holiday' dengan family aku, tiba-tiba receive mesej dari partner projek VB.."Kak, projek macam mana, kak? Adik tak reti la nak buat." dan terima juga mesej dari partner lab Database, "Cha, aku tak reti la guna Access 2007.. Kat lab guna 2010 punya..".. Woi! Woi! Woi! Korang budak DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER la! Bukan budak DIPLOMA MASAK-MASAK kat dapur! Malu la sikit..

So, starting that Saturday tu sebenarnya hati aku dah terasa berdenyut-denyut macam nak meletup.. Tunggu masa nak boom je.. Dapat pula Tuesday kena macam tu lagi.. Wednesday, aku begin my day dengan moody yang teramat.. Dan kepala sangat berat.. Dah start nak migrain gitu la kan.. Tapi kuatkan semangat, pergi juga kelas.. Itupun sebab ada kuiz.. Kalau tak, memang kirim salam je la kot.. Petang hampir\-hampir nak menjunamkan diri atas katil, tapi sebab takut terlelap, bangun gak p kelas.. Kang terlelap, siapa pulak nak mengangkut adik aku balik dari sekolah, kan?

Thursday.. Aku dah mula nak happy sikit.. Itupun rela dalam paksa senyum juga.. Bukan untuk orang lain, for me myself juga.. Pagi tu presentation projek VB.. Lucky we have Abul in class.. Dia yang tolong kami siapkan semua tu.. Sampai pukul 12 malam beb! Dalam pukul 9 lebih, Cik mesej aku, bagitahu pasal test.. At the end, test kami cancel sebab Cik ada urusan.. Emergency katanya..

Friday, test Embedded.. Hambekao! Last minutes Encik Fauzi bagitahu nak buat test.. Dan dengan jayanya malam Khamis tu aku study sampai jam 2 pagi.. Tapiiii.. Yang aku baca tu, ada ler 2 soalan je masuk.. Boleh dapat A? Haaa.. Tudiaaa..

Dalam kelas, aku argue kat Encik pasal soalan.. Aku kata ada dua soalan kami belum belajar.. Bila Encik semak semula, memang betul.. Jadi, kami akan buat re-test untuk dua soalan tu..

This Saturday, aku buat-buat busy sebab malas dah nak pikir masalah aku.. Seriously, banyak lagi kerja tak settle.. Tapi aku tak buat! Tadaaaa..

Hari ni dok sebok masak la.. kemas umah la.. Basuh baju la.. Haa.. Nak jadi suri rumah kan.. Gini laa.. Agagagaga..

Dan hari ni juga, aku realise, yang sebenarnya, aku dah terlalu happy.. Jadi, tak kisahlah datang masalah cemane pun.. Face it up! Dan, sedetik tadi aku teringat pada dia.. Dia yang aku dah lukakan hatinya, dan mungkin juga, dia lukakan hati aku.. Aku tak tahu since when.. Tapi aku tahu yang, dia dah boleh terus hidup without me.. Dah ada orang yang fix untuk jaga dia pun..

Aku? Same goes to me.. Cuma, aku lebih rela bersendiri.. Hidup dalam dunia aku sendiri.. Menyayangi seseorang dalam hati aku sendiri.. Well, aku ada someone yang aku sayang macam mana aku sayang dia dulu.. Aku care for her.. Aku cuba sedaya upaya tak nak buat dia marah.. Cuba sedaya upaya nak jaga hati dia.. Nak ambil tahu segala benda pasal dia dan related dengan dia.. Aku tak sure either dia tahu atau tak.. Tapi aku bukan jenis yang pandai hiding sangat pun.. The way I treat someone always show how much I love them, and also how much i give my respect to them..

I just can't imagine what will happen if someday dia tahu pasal hati ni.. Satu soalan je aku nak tanya, salah ke kalau aku sayang someone yang sejantina dengan aku macam mana aku sayang diri aku sendiri.. Atau kadang-kadang lebih dari diri sendiri? Aku harap tak salah.. Satu je aku minta, jangan salah sangka dengan hati ni..

Aku harap.. Satu hari nanti, kalau dia tahu pasal hati ni, dia takkan marah aku.. Atau jauhkan diri daripada aku.. Surely, it will break my heart.. Aku tak nak benda tu berulang lagi dalam hidup aku.. Cukuplah apa yang aku dah lalui sekarang.. Sebab tu, aku lebih rela sayang dia dalam diam.. Ye, memang aku tunjuk yang aku care pasal dia.. Tapi, dia tak pernah tahu kut how much I love her.. Well, as a sister..

Heart, sorry sebab berpelakuan macam ni.. Dan, kamu.. Maafkan saya.. Awak yang jauh di sana, saya mohon berundur diri untuk selamanya.. Diri dan hati ini bukan untuk kamu lagi.. Just take care.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

by Khazinatul Asrar

by Khazinatul Asrar
Copy dari .::Fiqh Wanita::.