Genap 3 bulan aku bekerja.. Kalau ikut offer letter, probation period aku sepatutnya 3 bulan.. Tapi ada tertulis juga boleh dipanjangkan mengikut performance.. Aku rasa kebanyakkan company pun mengamalkan polisi yang sama.. And sekarang, sebenarnya aku macam tak sure dah confirm ke? Atau tempoh dipanjangkan ke? Langsung tak ada bunyi memandangkan top management tengah sibuk dengan hikayat mereka masing-masing..
Hurm, as usual, every month pun aku berusaha nak update what actually happen to me at the office.. So, today, I'm proudly spending my time to write on here.. Ohhh.. Musnah english aku! Hahaha.. Nak aku translatekan ke?? Tak payah la ye..
3 bulan.. Banyak benda yang berlaku kat aku.. Specially sejak kebelakangan ni la.. Terlalu banyak perkara yang mendesak aku sampai aku sendiri jadi hilang fokus.. Dah tak tahu apa sepatutnya aku buat.. Dan nyata, aku dah tak stay on my own track! Itu yang pasti..
Tidak la aku kata mendesak dalam tugas aku.. Aku seriously tak kisah kalau disogok dengan banyak tugasan.. InsyaAllah aku boleh cuba sort kan satu-satu supaya semuanya settle.. Tapi.. Benda become worst bila timbul terlalu banyak isu sampingan yang seriously buat aku jatuh! Dah la jatuh, rasa macam ditimpa dinding konkrit pulak.. Terlalu menekan..
Actually, benda memang boleh diselesaikan.. Tapi, aku tak ada kuasa untuk do anything or decide apa-apa.. Even untuk suggest anything pun aku macam dah tak berani.. Risau kut orang salah faham.. Dan akhirnya, jadi makin teruk la isunya.. Dan selalunya benda tu berlaku..
Oleh kerana aku sedar yang aku ni bukan sesiapa yang layak untuk berkata-kata, maka, aku terpaksa ambil keputusan untuk menjauhkan diri supaya aku boleh letak sikit gap, atau mungkin juga perlukan gap yang banyak supaya aku tak terlanjur menyakiti orang lain lagi..
Sejujurnya, aku akui, aku sangat banyak silap dengan they all.. Banyak perkara yang aku buat ikut, tanpa bincang dengan mereka..
Dan selalunyanya, bila benda tu berlaku, aku decide untuk biarkan mereka tak dengar another side of story.. Basically, my side la.. Aku prefer diam.. Dan, let them be.. Dan macam biasa la.. Bila aku keep silent, aku akan tertekan.. Bila benda ni berulang-ulang terlalu banyak kali, aku rasa, aku perlu ruang untuk bersendiri.. Sebab aku dah tak tahan..
Aku bagi satu contoh situation yang aku terpaksa hadap la.. Okey, orang atasan meeting, they make their decision.. Habis meeting, datang jumpa aku.. "Hey Syafiqah, you tell them, after this, this will be going like this and that..".. Look, decision tu diorang yang buat.. Sampaikan kat aku, minta sampaikan pada orang lain.. Bila aku sampaikan kat orang lain, mereka menganggap aku duduk dan diskus dengan orang atasan dan buat keputusan sesuka hati aku.. Dan selalunya keputusan tu tak adil untuk banyak pihak.. Oh, itu bukan keputusan aku!
Imagine, aku terpaksa hadap this kind of things, berulang kali.. Sangat tertekan okey.. Bila aku dah tertekan, as usual, aku akan duduk diam.. Buat kerja aku.. Senyap-senyap je.. Bila orang perasan aku diam, orang sangka aku marah mereka.. Dan mereka pun kecil hati akhirnya.. See! Satu lagi perkara yang menekan aku.. Aduh!
Baru ni.. Lepas banyak perkara yang mendesak aku, timbul lagi satu isu yang agak teruk la.. Kisahnya, kat ofis tu parking lotnya ada 7 kotak je.. Staff termasuk CEO dah 8 orang.. Belum kira lecturer lagi.. Maka, timbul la isu perebutan parking.. Sebelum timbul isu, kami dah duduk bincang dengan CEO, dan dia kata, "First come first serve..".. Oh, okey la.. But suddenly kena kat dia tak ada parking, everything was changed! Reserved parking untuk CEO satu kotak.. Managers yang 3 orang akan bergilir guna 2 kotak.. Kami admin yang 4 orang bergilir guna 1 kotak.. The rest is reserved for lecturers and enquirer.. LOL! Nampak tak, admin 4 orang, share 1 kotak.. Managers 3 orang, share 2 kotak.. Yang tak dapat parking, kena beli monthly pass which is cost RM90 per month..
Okey.. Gaji aku memang 18 ribu sebulan!
Imagine la.. Gaji aku lepas tolak EPF bagai, berapa je tinggal.. Kira la duit minyak aku berulang alik 60km sehari.. Dah gaya aku pergi KL dah tau.. Memang aku pakai NGV, tapi perlu reserved jugak untuk minyak.. Jap lagi kut gas takde, minyak takde, kan ke tersadai tepi jalan tu nanti..
Lepas tu tak masal nak kena keluar duit untuk monthly pass pulak.. Kira mati, RM100 la sebulan.. Ohhh.. Habis aku takde perut nak isi? Aku takde nyawa nak dijaga? Takde nafsu nak berbelanja? Tak perlu duit untuk simpanan?
Sakit wooo gini.. Diorang dah la gaji besar.. Lepas tu parking reserved.. Apa kejadahnya? Serious cakap, tak berbaloi la pergi berulang alik 60km sehari, tapi duit habis gitu je..
Jumaat 2 Januari hari tu, memang aku menangis sepanjang perjalanan gi ofis tu.. Actually dari malam lagi dah menangis.. Pagi tu Kak Mai call, terus meleleh air mata.. Sampai tak mampu bercakap.. Sampai office, mata dah bengkak.. Tudiaaaaa..
Akhirnya Kak Mai fight untuk kami, dan terpaksa berkorban untuk kami.. Hurm.. Aku rasa macam aku penting diri je.. Mana tak nya.. Gaji kami sama je lebih kurang.. Gaji Kak Mai pun berapa sen je beza dengan aku pun.. Tapi akhirnya dia terpaksa park luar.. Beli kupon sendiri..
Yang aku tak fahamnya, tak boleh ke company provide benda tu untuk kami? Dan benda ni takkan jadi isu la.. Kami datang office untuk kerja kut.. Bukan suka-suka..
Sungguh cakap, aku dah tawar hati nak stay situ dengan management macam tu.. Sungguh! Dah takde hati dah..
Dan dengan rasa bersalahnya juga, aku apply annual leave.. Hurm.. Why? I need some space to be alone.. Sungguh aku rasa macam kejam bila apply cuti waktu orang tengah sibuk macam ni.. Tapi aku tak boleh tahan la.. Sungguh tak boleh..
*Kak, sorry.. Sorry sangat-sangat..
