4 bulan dah.. Macam tak percaya pun ada.. Sungguh ke aku dah bertahan selama ni? Whoaaa.. Hurm.. Dan pastinya selama 4 bulan aku kat sini, terlalu banyak perkara yang berlaku.. Yang menguji ketahanan mental dan fizikal, menguji sabar dan iman.. Yang buat aku menangis terharu.. Yang buat aku gelak tak ingat dunia.. Yang buat aku hilang sabar.. Lost control and crying all days.. And, still pretending like nothing happen.. Berlagak macho kononnya.. Tapi dalam hati? Cameron Highlands! Huh! Semua pun ada..
Paling aku tak boleh lupa.. Early January.. Sampai ke satu limit yang aku dah tak boleh tahan dah.. That time, parking lot jadi isu.. Masa tu.. Benda paling aku tak puas hati bila ada pihak yang cakap tak serupa bikin.. Awalnya kata first come first serve.. Tapi bila kena tang dia.. Tadaaa.. Cepat-cepat dia kata kena reserve satu parking untuk dia.. Ape keheynye ni yop?
Masa tu jugak.. Dah hampir-hampir sampai ke tahap aku nak hantar surat resign dah.. Basically, bukan aku seorang.. Why? Sebab kami terpaksa park kat luar hanya kerana nak bagi laluan buat si kaya kat office ni bersenang lenang park kat situ.. Bukan tak boleh nak suruh kami park luar.. Tapi bayarkan duit monthly pass untuk kami.. Which is kami not affordable untuk tanggung kos tu.. Sebulan around RM90 macam tu.. Haah.. Memang gaji aku 18 ribu.. Mampu bayar bulan-bulan..
Memang la company lain, staff mereka kena beli sendiri pass tu.. Tapi tengok pula gaji staff mereka berapa? Aku ni, berulang alik +- 60km sehari untuk pergi kerja tau.. Dah la gaji tak seberapa.. Pastu nak hentak lagi macam ni..
Aku ingat lagi, pagi tu, hari Jumaat.. 2 Januari.. Kak Mai call aku.. Aku tak mampu dah nak bercakap.. Crying sepanjang perjalanan dari rumah ke office.. Sampai Abah kata, "Dah, kalau dah menangis-nangis macam ni, berhenti je kerja tu..".. Kalau ikut emosi aku masa tu, memang aku nak berhenti je la.. Tapi mujur aku mampu lagi berfikir dengan waras..
Alhamdulillah, akhirnya isu tu selesai.. Kak Mai selesaikan.. Dengan sedikit pengorbanan dia yang aku sendiri tak tahu nak balas macam mana..
Few days or weeks lepas tu, aku decide nak ambil cuti.. 3 hari, sambung terus dengan cuti aku 2 hari.. 5 hari terus la.. Teruk juga Kak Mai nak kena adjust work rotation.. Thanks again Kak Mai untuk jasa akak..
Haa.. After all this, akhirnya, early this month, they all kena park dekat satu parking lot untuk hotel area situ.. Dan ditanggung! Okeh.. DITANGGUNG! Aku cakap kat Kak Mai, "Boleh pula dia bayarkan.. Kenapa masa kita minta, tak nak bagi?".. Kannn.. Bila you sendiri yang banyak duit rasa susah nak teruskan hidup macam tu, macam mana dengan kami?
Kalau nak ikutkan, tak worth pun aku kerja situ.. Susah nak simpan duit.. Gaji sikit.. Expenses sangat banyak.. Gila tak banyak.. Minyak, gas, makan minum.. Lucky aku masih menetap dengan family.. If not, mau merempat aku gamaknya..
Plan nak sambung belajar? Aku masih dengan niat aku.. Walaupun lambat, aku tetap akan sambung belajar.. By hook or by crook.. Cuma sekarang, aku kena curi-curi masa untuk perkukuhkan semula English aku.. So that, confident level aku melonjak tinggi untuk ambil MUET. Maklumlah.. Zaman sekarang ni, kerajaan dah gila.. Nak MUET sampai band 3 untuk sambung study untuk course aku.. Bodoh! Orang lain punyalah banggakan bahasa ibunda dia.. Yang diorang ni dengan bangangnya nak perkasakan bahasa orang lain.. Memang la bagus in some parts, tapi tak perlu sampai menyusahkan rakyat macam aku ni..
Ohhh.. Dah.. Tak leh berceloteh panjang.. Esok kerja.. Okey.. Dipaksa kerja! Sebab nak audit.. Puaka! Sungguh, aku buat semua ni sebab fikirkan Kak Mai je.. Aku rasa dia dah banyak kena sound sebab aku.. So, takkan aku nak terus bagi peluang kat management untuk sound dia lagi sebab aku kan?
Kbai..
